(TAHNIAH) Aishah Bergelar Juara Gegar Vaganza 4, Bawa Pulang Wang Tunai RM100,000

Hiburan

(TAHNIAH) Aishah Bergelar Juara Gegar Vaganza 4, Bawa Pulang Wang Tunai RM100,000

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi lagenda, Aishah yang berjaya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 4. Aishah menepati ramalan dengan memberikan persembahan memukau menerusi lagu All By Myself nyanyian asal Celine Deon dan lagu Supergirl bettle bersama Liza Hanim. Aishah juga turut memenangi anugerah Gelora Vida Vaganza.

Advertisement

Menerusi kemenangan itu, Aishah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 sumbangan Astro dan penaja iaitu Qu Puteh serta trofi dan turut menerima sebidang lot tanah banglo sumbangan Bina Megan Empire, pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com, barangan kemas sumbangan DSV Gold and Jewelry serta  baucer membeli belah Go Shop bernilai RM5,000.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Liza Hanim yang menerima hadiah wang tunai RM50,000 sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Turki, barangan kemas dan baucer membeli belah Go Shop bernilai RM5,000.

Penyanyi Lan Solo pula berada pada tempat ketiga membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, sebidang lot tanah banglo, percutian ke Boracay, barangan kemas dan baucer sumbangan Go Shop berjumlah RM4,000.

Konsert final Gegar Vaganza 4 malam tadi dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang disiarkan secara langsung dari Pinewood Studio, Johor Bahru. Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto: Gegar Vaganza Official

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...