(TAHNIAH) 8 Tahun Berkawan, Kini Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana Sah Bergelar Suami Isteri

Hiburan

(TAHNIAH) 8 Tahun Berkawan, Kini Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana Sah Bergelar Suami Isteri

Itulah kata orang, kalau jodoh tidak kemana. Lapan tahun berkenalan, akhirnya teman tapi mesra pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana sah bergelar suami isteri.

nadzmi adhwa ardell aryana nikah

Advertisement

Pasangan ini selamat dinikahkan pada petang semalam hanya dengan sekali lafaz oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid al-Mutaqqin, Ustaz Mohd Hafiza Hafiz Baharuddin.

Begitu cantik dan anggun dalam persalinan berona putih, Ardell menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan hantaran senaskah Al-Quran yang telah dikhatam oleh Nadzm seperti yang dipinta oleh isterinya itu.

nadzmi adhwa

Alhamdulillah, saya sudah khatam al-Quran yang diberikan Ardell. Dia menyerahkannya ketika bertandang ke rumah keluarga saya di Wangsa Melawati. Ketika itu, Ardell datang bersama keluarganya. Perjumpaan itu umpama majlis merisik sesama kami dan keluarga.

Tiada majlis pertunangan. Sebaliknya, hanya ada majlis khatam al-Quran dianjurkan keluarga saya, Jumaat lalu. Naskhah al-Quran yang sama, selepas khatam dan difahami tafsir dan maksudnya, diserahkan kembali pada hari pernikahan ini.

ardell aryana

Selama ini pun, kami tak menolak andai ditakdirkan ada jodoh. Ramai yang mendoakan jodoh kami. Akhirnya dimakbul dan dipermudahkan doa peminat dan pengikut Instagram. Ternyata jodoh kuat antara kami selepas masing-masing bersedia melangkah ke alam perkahwinan.

Tahniah kami ucapkan kepada Nadzmi dan Ardell, siapa sangka persahabatan yang dibina berakhir dengan ikatan perkahwinan. Kami doakan anda berdua berbahagia sehingga ke jannah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Amir Naufal Photography & Aziah Azmee

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...