‘Tahi Lalat’ Penuh Di Baju? Ini Cara Mudah Untuk Hilangkan, Hanya Pakai Bahan Di Rumah!

Kehidupan

‘Tahi Lalat’ Penuh Di Baju? Ini Cara Mudah Untuk Hilangkan, Hanya Pakai Bahan Di Rumah!

Kehadiran ‘tahi lalat’ ataupun bintik hitam pada baju atau seluar pastinya membuatkan anda rasa ingin buang saja pakaian tersebut berikutan ia kelihatan lusuh dan sudah tidak cantik untuk dipakai.

Tahi lalat atau kulat pada pakaian ini sebenarnya berpunca daripada kelembapan yang ada pada kain kerana mungkin anda terus mengambilnya untuk dilipat dan disimpan tanpa memastikan ia betul-betul kering atau tidak.

Advertisement

Namun begitu, terdapat beberapa cara dan kaedah yang boleh anda cuba di rumah bagi membuang tahi lalat pada pakaian ini.

1. Soda Bikarbonat

Buat pes soda bikarbonat dan campurkan sedikit air sebelum disapukan pada bahagian baju yang berkulat.

soda bikarbonatSumber : Google  

Biarkan seketika dan berus seperti biasa. Jika kulat masih belum tertanggal, tambah sedikit cuka putih pada pes soda bikarbonat tersebut.

2. Cuka

Campurkan satu cawan cuka putih ke dalam satu baldi air. Rendamkan baju bersama campuran tersebut sekurang-kurangnya satu jam.

cukaSumber : Google  

Cuci bahagian berkulat pada pakaian dengan menggunakan sabun pencuci atau detergen selepas itu.

Guna air suam atau hangat ketika membilas dan memberus supaya kulat pakaian mudah ditanggalkan.

3. Jus Lemon dan Garam

Perah sebiji lemon dan campurkan bersama sedikit garam sehingga menjadi pes. Guna pes itu dengan memberus dan menyental bahagian berkulat seperti biasa.

lemon dan garamSumber : Google  

Kemudian rendam pakaian dalam larutan lemon dan garam bersama air suam selama 1 jam dan kemudian bilas pakaian dengan air bersih.

4. Peluntur ‘clorox’

Hanya gunakan pada baju putih kerana ia dapat melunturkan warna baju, larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat pada pakaian.

pelunturSumber : Google  

Taburkan sedikit sabun pencuci jenis serbuk. Sebaiknya guna air suam dan sedikit hangat ketika mencuci pakaian tersebut.

Setelah mencuci, jemur di bawah sinaran matahari untuk kesan yang lebih efektif.

Selamat mencuba!

tips hilangkan kutu beras
2 years ago

Guna Cili Kering Tak 'Jalan'? Wanita Ini Kongsi Tips Halau Kutu Beras Pakai Bawang Putih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...