Written by AbangNara | January 5th, 2014

Oh sedihnya membaca apa yang terjadi kepada Zzati dan perhubungannya dengan pemain bola sepak Malaysia, Wan Zack Haikal di dalam Pancaindera hari ini. Mana tidaknya, percintaan yang terjalin sekian lama akhirnya putus pada Oktober 2013 selepas keluarga Wan Zack melemparkan pelbagai tuduhan yang menjatuhkan maruah Zzati dan keluarganya.

wan zack haikal

Walaupun memegang akaun bank dan jadual harian Wan Zack, Zzati menafikan yang dirinya pecah amanah. Malah Zzati mengakui keputusan ini adalah kehendaknya dan bukan dipengaruhi sesiapa. Tuduhan berat lain yang dilemparkan kepadanya ialah kononnya dia menggunakan bomoh untuk menundukkan Wan Zack. Kata Zzati yang juga merupakan seorang penyanyi:-

Saya tidak akan kembali dengan dia lagi. Sampai hati mereka tuduh saya pisau cukur. Saya masih waras. Tahu hukum agama. Buat apa nak guna bomoh untuk menundukkan Wan Zack. Saya tak buat kerja gila macam itu.

Saya buat macam ini bukan sebab nak memalukan Wan Zack. Saya bukan jenis gila publisiti. Tapi ini melibatkan maruah keluarga.

Saya pun hanya mula bercerita mengenai hubungan kami selepas Wan Zack memberitahu mahu bertunang awal tahun lepas. Itu bermakna dia mahu jalinkan hubungan yang serius dengan saya.

Cuma saya tak mahu (bertunang) rupa-rupanya ada hikmah tersendiri.

wan zack haikla

Walaupun perpisahan ini adalah berita sedih buat Zzati, namun ia adalah berita gembira buat para gadis di luar sana yang meminati pemain bola sepak kacak ini. Wan Zack sudah single!!! Inilah peluang anda untuk masuk line. (saja gurau-gurau je). Kepada Zzati dan Wan Zack, anda berdua masih muda. Biasalah putus-putus cinta ini. Insya Allah nanti akan bertemu mereka yang lebih secocok di masa hadapan.

P.S: Mitsubishi ASX CKD dilancarkan. Harga lebih murah.

Written by AbangNara | June 14th, 2013

Membaca berita sukan semalam membuatkan Abang Nara terasa sangat kecewa. Bukan apa, pemain sayap kanan Malaysia, Wan Zack Haikal dilaporkan bakal pulang ke Malaysia pada musim hadapan. Untuk makluman, Wan Zack sekarang bermain di Jepun di bawah kelab Ryukyu FC.
wan zack haikalWalaupun berita ini belum disahkan sepenuhnya lagi, dilaporkan ada kelab Liga Malaysia yang sanggup membeli Wan Zack daripada Ryukyu FC.  Malah ada pihak yang mengaitkan kepulangan ini dengan kekasih Wan Zack Haikal iaitu penyanyi Zzati. Namun Zzati segera menafikan dirinya menjadi punca.
zzatiKata Zzati kepada Mstar Online:-

Perkara ini belum sahih lagi sama ada di pulang atau tidak kerana belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak lagi. Jika peminat kecewa dia pulang, saya sudah tentu lebih kecewa kerana saya juga ingin lihat dia bina kerjaya dan berjaya pada peringkat antarabangsa. Saya faham dengan kerjayanya sebagai pemain bola sepak malah sentiasa beri semangat untuk dia terus bertahan di negara Matahari Terbit itu

zzati wan zak
Bagus betul si Zzati ini. Kekasih macam inilah yang kita mahukan. Abang Nara makin terharu apabila mengetahui kesudian Zzati untuk terbang ke Jepun demi memberikan semangat kepada kekasihnya. Kata Zzati lagi:-

Saya rasa tidak ada sebarang masalah komunikasi antara kami sebab teknologi perhubungan sudah semakin canggih. Kalau ingin melepaskan rindu kami boleh buat panggilan video sahaja, tidak seperti zaman dahulu yang tiada kemudahan seperti sekarang ini. Sekarang dia cedera dan tidak boleh beraksi, saya harap dia bersabar dan teruskan perjuangan di sana kerana semua masyarakat dan peminat bola sepak ingin melihat dia mengharumkan nama negara. Insya-Allah, saya akan ke Jepun kalau diperlukan untuk beri semangat kepada dia

Kepada Wan Zack, tabahkan diri anda. Cekalkan hati. Kuatkan semangat. Jangan rindu budu, belacan atau nasi lemak. Banyakkan belajar dan tingkatkan mutu permainan sebelum kembali ke Malaysia. Dulu rasanya Wan Zack dah berjanji taknak pulang awal. Jadi kotakan janji tersebut. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Come on Wan Zack!!!

Written by AbangNara | December 31st, 2012

Marilah kita memulakan kisah hari terakhir tahun 2012 dengan cerita tentang percintaan Zzati dan bintang Harimau Malaya, Wan Zack Haikal. Ramai gadis yang kecewa apabila mengetahui hati Wan Zack telah dicuri oleh gadis 19 tahun yang bernama Zzati ini. Namun tahukah anda yang perkenalan mereka bermula di Twitter?

zzati wan zack

Menurut Wan Zack, selepas berkenalan menerusi Twitter, dia meminta nombor telefon Zzati. Selepas 3 hari bergayut di telefon, Wan Zack mula jatuh hati dan terus sejak itu, mereka berdua sepakat untuk menjadi kekasih. Lebih romantik apabila Wan Zack menyahut cabaran kekasihnya itu dengan pergi ke rumah keluarga Zzati untuk bertemu muka. Jiwang kan?

wan zack

Selain sedang belajar di UiTM dalam bidang muzik, Zzati juga merupakan seorang penyanyi. Antara lagu nyanyiannya yang sedang popular sekarang ini ialah Bukan Sombong dan Cintaku Hanya Padamu. Malah sebuah lagu yang bertajuk Malu-Malu Tapi Mahu adalah ciptaan Zzati khas untuk Wan Zack. Memang romantik betul pasangan kekasih ini.

zzati wan zack

Apa pun Abang Nara kagum dengan cara pemikiran Zzati yang baru berusia 19 tahun apabila ditanya tentang persepsi liar orang ramai terhadap hubungannya dengan Wan Zack.

Seboleh-bolehnya Zzati tak mahu terlalu memikirkan hubungan cinta dengan dengan dia. Masih terlalu awal. Lagi pun tak sampai setahun kami berkawan rapat. Zzati cuma ikut arus di depan mata. Dah namanya pun kekasih, bukan ada ikatan rasmi apa pun. Tapi apa pun Zzati tetap berhati-hati dengan tingkah laku Zzati. Takut kalau ada orang terasa hati atau boleh jadi bahan cerita, mana tahu kan.

Matang juga pemikiran si Zzati ini kan? Apa pun kalau dah jodoh, memang takkan ke mana. Zzati dan Wan Zack pun kedua-duanya masih muda. Bercinta tue bercinta, tapi mesti mahu lebihkan fokus kepada karier dan pelajaran masing-masing untuk masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Tak gitu?