Written by serenity | February 12th, 2018

Mungkin bosan dengan sesetengah pihak yang suka membangkitkan mengenai saiz badannya, Zulin Aziz telah memuat naik satu video di Instagram membidas mereka yang gemar mengata.

Dalam video itu, Zulin berkata walaupun gemuk, dia sihat dan dia juga tidak menggunakan wang sesiapa untuk makan. Zulin berkata:

Kalau aku kurus pun, bukan aku nak kat kau pun, yang kau ejek aku gemuk kenapa? Sikit-sikit gemuk, sikit gemuk, aku meluatlah!

Biarlah aku gemuk, aku bukan minta kau makan pun. Kalau aku makan, aku tak minta duit dekat kau lah.

Kau dengki lah tu, hari hari aku makan sedap. Tak kan kau nak suruh aku makan rumput hari-hari, baik aku jadi kambing.

Kalau kurus pun hati busuk buat apa? Lebih baik macam ini, tapi bahagia, tak kacau orang.

Apa masalah kau, asyik mengata aku je, asal pakai macam ni je kata nampak gemuk.

Nampak sangat kau tu tak ada kerja, tengok aku dari tadi.

Ramai pengikut Zulin memberi semangat kepadanya supaya tidak memberi perhatian kepada kata-kata sesetengah orang. Ada yang mengatakan, walaupun berbadan besar,Zulin cantik dan comel bagi mereka.

Walaupun begitu, Zulin dalam satu muat naik selepas itu mendakwa video itu dimuat naik sebagai satu gurauan sahaja. – beautifulnara.com

 

 

Written by Bella | December 26th, 2016

Perubahan Zulin Aziz dalam usaha untuk menurunkan berat badannya harus dipuji kerana beliau kelihatan cukup berbeza sekali dan kini tampil lebih sihat dengan susuk tubuh yang langsing.

Walaubagaimanapun, entah kenapa sesetengah netizen masih lagi mengkritik beliau gemuk meskipun berat badan beliau susut sebanyak 10 kilogram.

Menurut Zulin, beliau tidak dapat puaskan hati semua pihak dan “redha” dengan mereka yang meghina beliau.

Kalau saya kurus pun belum tentu mereka berhenti menghina saya. Kita bukan boleh puaskan hati semua orang dan ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Pada saya, mereka (netizen yang mengutuknya) ini mungkin ada banyak masa terluang untuk menghentam orang dan menjadikan perbuatan itu sebagai aktiviti pada masa lapang. Jadi, saya redha sahajalah. Nak cakap banyak pun tidak guna.

Janganlah membunuh orang dengan kata-kata negatif. Sepatutnya kita harus memberikan sokongan moral buat Zulin Aziz yang berpenat lelah berusaha untuk kekal lebih sihat. Bukan mudah untuk beliau tampil langsing seperti sekarang.

Sumber Berita : Kosmo