May 19th, 2020

Mengakui segala yang berlaku adalah realiti berdasarkan pengalamannya sendiri, Zul Yahya tampil memperjelaskan apa yang disuarakan di media sosial baru-baru ini bukan untuk menghina.

zul yahya

Menurut laporan Harian Metro, Zul dikhabarkan langsung tidak mempersoal halal haram rezeki insan lain namun seakan menyeru pihak terbabit untuk mencari yang lebih baik dan keberkatan dalam industri hiburan.

Zul juga menambah, luahannya itu supaya pihak atasan dan bekaitan dalam industri hiburan mampu melakukan perubahan membentuk hala tuju yang lebih baik.

Tambahnya, setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan masing-masing malah turut menyatakan segala yang dikongsikan bertujuan mengubah industri hiburan ke arah yang lebih memberangsangkan.

Zul bagaimanapun turut mengulas soal keberkatan yang diperkatan. Menurutnya, keberkatan itu sangat luas malah memerlukan usaha kerana “berkat” itu tidak akan datang dengan sendiri.

“Kita semua perlukan hiburan, tapi biarlah ia pergi kepada hala tuju lebih baik dan memberi manfaat kepada masyarakat serta penggiat seni antaranya pekerja belakang tabir untuk mendapat kehidupan selesa.”

Ujarnya, pilihan berada pada tangan masing-masing kerana yakin rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT amat luas namun segalanya tetap menuntut pengorbanan.

zul yahya

Zul akui beliau bersara kerana sudah penat berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia, malah turut berkata industri ini seolah sukar untuk membuat simpanan.

Terdahulu kecoh di media sosial apabila Zul difahamkan menyeru para penggiat seni khususnya pekerja di belakang tabir untuk meninggalkan kerjaya tersebut kerana menyifatkan kerja berkenaan tidak diberkati oleh Allah SWT.

Sumber: Harian Metro

May 17th, 2020

Kecoh baru-baru ini berkenaan isu yang membabitkan bekas pelakon Zul Yahya yang menyifatkan karier pekerja belakang tabir industri filem dan drama sebagai tidak berkat mendapat perhatian ramai pihak.

rosyam noor

Zul juga difahamkan meminta mereka mengubah haluan pekerjaan tersebut kerana ia merupakan pekerjaan yang lari dari jalan Allah SWT.

Bagaimanapun, kenyataan itu diselar penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam Nor yang menyifatkan kenyataan yang dilemparkan oleh Zul sekadar pandangan peribadi.

Tambah Rosyam, kenyataan Zul itu adalah tidak wajar kerana ia membabitkan rezeki.

Malah Zul tidak sepatutnya menuduh pihak produksi mengetahkan rasuah dalam bekerja. Hal ini berlaku mungkin disebabkan Zul dahulu dikatakan tidak mendapat apa-apa ketika aktif berlakon dahulu kerana nasib tidak menyebelahinya dalam bidang seni.

Rosyam juga berpendapat, andai tiada kru belakang tabir, bagaimana stesen TV boleh beroperasi yang mana pengisiannya turut menampilkan program dakwah.

“Ustaz dan pendakwah yang buat program ceramah dan dakwah pun ada juga unit kru sendiri.”

rosyam noor

“Jadi, kru belakang tabir sebenarnya besar peranan mereka. Tapi itulah, ini pandangan peribadi Zul.”

Menurut Rosyam lagi, selain menganggap kenyataan Zul mampu mengguris perasaan semua orang, kerjaya sebagai kru di belakang tabir tidak 100 peratus kekal kerana mereka kadangkala selepas beberapa ketika akan beralih mencari kerja lain.

Dalam pada itu, Rosyam berkata, jika seseorang mahu melakukan perkara yang tidak baik, ia bukan hanya berlaku dalam bidang seni sahaja, namun boleh juga terjadi di mana jua.

“Dalam mana-mana bidang pun boleh berlaku. Dalam masjid pun kalau niat tak betul boleh berlaku juga.”

Biarpun pelbagai salah faham timbul, pelakon filem KL Gangster 2 ini menolak sekiranya ada usaha untuk mempertemukan dirinya bersama Zul kerana enggan memperbesarkan perkara ini.

Sumber: Harian Metro

May 14th, 2020

Pelakon Zul Yahya seru penggiat seni khususnya pekerja di belakang tabir untuk mencari pekerjaan yang lebih diredai oleh Allah SWT dan meninggalkan industri hiburan.

zul yahya

Beliau yang menyifatkan pekerjaan ini seakan kerja yang tidak diberkati tampil memberi pencerahan di laman Instagramnya.

Zul yang berada lebih 20 tahun di dalam industri hiburan tempatan melihat industri filem dan drama kini dipenuhi dengan dosa dan hanya memikirkan keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja.

View this post on Instagram

korapsi , rasuah ,salah guna kuasa dan pentingkan keuntungan peribadi tak henti2 berlaku dalam industri film & drama tanahair

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on

Tambah Zul, industri hiburan ini amat bercanggah dari kehendak Allah SWT. Hal ini demikian kerana, banyak rasuah yang berlaku termasuk hidup berpuak-puak dan salah guna kuasa demi kepentingan diri sendiri.

Tidak ketinggalan, banyak insan dalam industri ini yang sentiasa mengetengahkan budaya mengampu atau membodek demi mendapatkan sesuatu hasil.

“Saya nak syorkan kepada sahabat-sahabat, jom kita ubah kehidupan kita. Industry ini tak bawa ke mana-mana, tak ada keberkatan, kita banyak mana pun rasa tak cukup.”

Beliau yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 yahun itu juga turut menyatakan pihak produksi yang hanya memikirkan keuntungan seolah tidak menghargai penat lelah dan pengorbanan pekerja di belakang tabir.

Ini terbukti apabila ramai dalam golongan ini terpaksa makan merata dan tepaksa menempuh jadual yang tidak tetap selain lokasi pengambaran juga berbeza-beza.

Ujarnya, pengorbanan mereka langsung tidak diendahkan golongan atasan.

zul yahya

Tambah Zul, beliau seakan kecewa melihat nasib segelintir rakan artis yang terpinggir sewaktu tua, malah turut bersedih mengenang nasib golongan ini yang tiada apa-apa cagaran pada masa akan datang.

“Ramai sahabat-sahabat saya dulu penghujung kehidupan mereka tak ada apa-apa dah la EPF tiada, insuran pun kadang hidup kadang tak hidup, kejayaan tak ada.”

Zul berpendapat banyak jalan atau kerjaya lain yang boleh diusahakan dan menganggap penat lelah mereka di dalam industri tidak dihargai oeh sesiapa.

zul yahya

Zul yang bercakap berdasarkan pengalaman turut menggesa para pekerja di dalam industri seni untuk membuat perancangan dengan betul malah keputusannya untuk undur diri dalam bidang berkenaan merupakan keputusan yang terbaik buat dirinya.