Written by Bella | June 26th, 2018

Sudah putus cinta dengan Zahirah Macwilson beberapa bulan lalu, kini pelakon Zul Ariffin dikatakan sudah kembali bersama bekas kekasihnya Gayatri Su Lin Pillai. Masih mengekalkan hubungan yang baik meskipun sudah berpisah, adakah benar cinta mereka sudah bertaut kembali?

Gayatri juga mengakui cukup selesa berkawan dengan Zul dan tidak menolak andainya mereka ditakdirkan mempunyai jodoh bersama.

Dari dahulu lagi saya tidak pernah untuk komen mengenai perkara ini dan saya biarkan apa juga telahan yang ingin orang katakan. Apa yang boleh saya katakan kami memang baik malah saya selesa berkawan dengan Zul. Jujurnya, saya selesa dan memahami dia sebagai seorang sahabat. Soal jodoh, itu semua di tangan Tuhan.

Pada masa yang sama, Gayatri tidak menafikan beliau ada mengunjungi keluarga Zul pada sambutan hari raya Aidilfitri yang lalu memandangkan beliau turut mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga aktor kacak itu.  Ehem, Zul pun sudah ‘single’ dan kalau ada jodoh mereka berdua, pasti tidak akan kemana bukan?

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | December 2nd, 2015

Umum mengetahui percintaan Zul Ariffin dan Gayatri Su Lin Pillai sudah terputus di tengah jalan dan Zul juga sedang mengenali hati budi Zahirah MacWilson.

Namun, kata orang bukan mudah untuk kita melupakan memori yang bertahun lamanya bersama insan yang tersayang .

Walaupun hubungan mereka sebagai pasangan kekasih sudah lama berakhir, hubungan antara Gayatri bersama bekas kekasihnya itu serta keluarga Zul masih lagi baik seperti dahulu.

Baru-baru ini, Zul dan ibunya telah menyambut ulangtahun kelahiran Gayatri bersama-sama menerusi foto yang dimuat naik oleh penerbit itu di akaun Instagram miliknya.

Melihat foto tersebut, ramai sebenarnya yang mengharapkan agar Zul dan Gayatri dapat kembali sebagai pasangan kekasih kerana selama ini memang mereka tampak cukup manis bersama. Bahkan, tidak pernah timbul kontroversi yang agak dasyat ketika bercinta.

Kami rasa mereka adalah contoh terbaik untuk pasangan yang sudah putus cinta di luar sana.  Tidak bermakna anda harus bermusuh meskipun sudah tiada ikatan cinta bukan?

Sumber Berita: Instagram Gayatri Su Lin Pillai