Written by Bella | June 26th, 2018

Sudah putus cinta dengan Zahirah Macwilson beberapa bulan lalu, kini pelakon Zul Ariffin dikatakan sudah kembali bersama bekas kekasihnya Gayatri Su Lin Pillai. Masih mengekalkan hubungan yang baik meskipun sudah berpisah, adakah benar cinta mereka sudah bertaut kembali?

Gayatri juga mengakui cukup selesa berkawan dengan Zul dan tidak menolak andainya mereka ditakdirkan mempunyai jodoh bersama.

Dari dahulu lagi saya tidak pernah untuk komen mengenai perkara ini dan saya biarkan apa juga telahan yang ingin orang katakan. Apa yang boleh saya katakan kami memang baik malah saya selesa berkawan dengan Zul. Jujurnya, saya selesa dan memahami dia sebagai seorang sahabat. Soal jodoh, itu semua di tangan Tuhan.

Pada masa yang sama, Gayatri tidak menafikan beliau ada mengunjungi keluarga Zul pada sambutan hari raya Aidilfitri yang lalu memandangkan beliau turut mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga aktor kacak itu.  Ehem, Zul pun sudah ‘single’ dan kalau ada jodoh mereka berdua, pasti tidak akan kemana bukan?

Sumber Berita : mStar Online