Written by Bella | November 10th, 2017

Umum mengetahui hubungan cinta Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson kini sedang tegang serta rumit  gara-gara isu Zahirah bersama Kamal Adli. Zul mendakwa kekasihnya itu tidak pernah menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi disebalik kontroversi yang berlaku. Malah, Zul dan Zahirah sudah tiga minggu tidak berbicara.

Terbaru, timbul pula khabar angin mengatakan Zul kembali mesra dengan bekas kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai. Seorang peminat menerusi portal mStar Online memberitahu dia melihat  Zul dan Gayatri menghabiskan masa bersama di kampung halaman Zul iaitu di Taiping, Perak beberapa hari lepas.

Untuk pengetahuan anda, Zul kini sedang menjalani penggambaran bagi filem Hantu Kak Limah 2 di Taiping dan Gayatri merupakan penerbit filem tersebut.

Tambah peminat itu, dia juga melihat Zul dan Gayatri disebuah hotel dan keluar bersama-sama menaiki kenderaan jenis Mercedes berwarna hitam yang dipandu oleh Zul.

Pada mulanya saya macam tidak percaya, tapi setiap hari saya tengok drama Titian Cinta, saya yakin itu Zul tapi saya terkejut perempuan sebelah itu bukan Zahirah tapi Gayatri.

Walaubagaimanapun, kami tidak mengetahui status sebenar hubungan mereka berdua sekarang.  Adakah cinta lama sudah bertaut kembali ataupun sekadar rakan sekerja?

Sumber Berita : mStar Online