April 17th, 2020

Kemelut antara Zarina Anjoulie dan Amyza Aznan makin berpanjangan apabila pelakon sensasi itu menuntut pampasan sebanyak RM3 juta kerana telah menjatuhkan reputasinya melalui ‘posting’ dan komen berbaur fitnah mengenai dirinya di aplikasi Telegram dan Instagram.

amyza aznan sindir zarina anjoulie

Bagaimanapun, nampaknya Amyza seakan tidak ambil pusing dengan apa yang berlaku dan tetap tenang meskipun dihujani pelbagai komen mengenai tuntutan itu.

Di Insta Story, dia sempat memuat naik beberapa mesej daripada peminat yang memberikan kata-kata semangatnya. Pada masa yang sama, Amyza juga memuat naik komen berbaur sindiran yang dilemparkan kepada Zarina.

amyza aznan sindir zarina anjoulie

amyza aznan sindir zarina anjoulie amyza aznan sindir zarina anjoulie

Tidak cukup dengan sindiran, ada segelintir netizen mempertikaikan tindakan Zarina yang mampu untuk melantik peguam tetapi mendakwa “menggunakan duit orang” bagi tujuan kerja amalnya.

Malah, mereka mendakwa Zarina sendiri yang membuka aibnya sendiri sehingga tercetus kontroversi tetapi akhirnya dia memfailkan saman.

amyza aznan sindir zarina anjoulie amyza aznan sindir zarina anjoulie

Terdahulu, Zarina menuntut pampasan sebanyak RM4 juta dan permohonan maaf daripada Amyza (RM3 juta) dan seorang lagi pelakon, Emelda Rosmila (RM1 juta) kerana membuat kenyataan menjatuhkan reputasinya. Zarina digambarkan sebagai individu yang jahat dan tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami trauma disebabkan insiden tersebut.

Sumber Berita : Forum CARI

April 17th, 2020

Kontroversi antara Zarina Anjoulie dan dua lagi pelakon senior iaitu Amyza Aznan dan Emelda Rosmila nampaknya semakin panas.

zarina anjoulie tuntut amyza azna emelda bayar ganti rugi rm4 juta

Zarina yang mesra dengan panggilan Anju menuntut pampasan sebanyak RM4 juta dan permohonan maaf daripada kedua-dua artis itu kerana membuat kenyataan menjatuhkan reputasinya di aplikasi Telegram dan juga Instagram.

Zarina menuntut sebanyak RM3 juta daripada Amyza Aznan dan RM1 juta daripada Emelda Rosemila. Zarina juga memohon kedua-dua individu tersebut untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa bentul tulisan mengenai dirinya.

zarina anjoulie tuntut amyza azna emelda bayar ganti rugi rm4 juta

Selain itu, Zarina mahu Emelda Rose dan Amyza Aznan membuat permintaan maaf secara terbuka dan seterusnya membayar ganti rugi kerana merosakkan reputasinya, menyebabkan tekanan dan menghasut kebencian orang awam terhadapnya.

Menurut peguamnya lagi, Zarina digambarkan sebagai individu yang jahat dan tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami trauma disebabkan insiden ini.

zarina anjoulie seniman laporan polis

Zarina digambarkan sebagai seorang individu yang jahat dan tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami trauma disebabkan insiden ini. Mereka tidak mempunyai sokongan fakta ketika berulang kali menuduh dan menerbitkan hantaran dan komen yang merujuk kepadanya.

Surat tuntutan kepada Amyza dan Emelda sudah pun dihantar secara berasingan pada Rabu lalu. Pihak Zarina akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa tujuh hari.

Sumber Berita : mStar Online

April 6th, 2020

Isu perbalahan antara artis dan netizen semakin hangat lebih-lebih lagi timbul dakwaan mengatakan sesetengah artis menghina netizen memiliki IQ rendah dan ibarat lembu cucuk hidung.

zarina anjoulie maafkan amyza aznan

Pendedahan mengejutkan itu dibuat oleh Zarina Anjoulie yang memuat naik foto ‘screenshot’ perbualan para artis menerusi aplikasi Telegram. Antara artis yang turut terkena tempias “peperangan” ini adalah Amyza Aznan.

Terbaru, Zarina menerusi akaun Instagramnya menasihati Amyza untuk berhenti berbalah dengan netizen di media sosial. Tidak perlu bergaduh dengan orang lain dan sebaiknya menggunakan platform media sosial untuk menyebar kebaikan dan memberikan manfaat kepada masyarakat.

zarina anjoulie maafkan amyza aznan

Jelas Zarina dia sudah memaafkan Amyza di sebalik konflik yang tercetus antara mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, dia juga sempat berkongsi foto paparan komen yang ditinggalkan Amyza dimana dia seolah-olah melenting apabila terdapat netizen mempersoalkan “perangai sebenarnya”.

boikot amyza aznan

Terdahulu, Amyza  menerusi akaun Instagramnya menyifatkan apa yang berlaku sekarang adalah fitnah semata-mata. Dia tidak pernah berniat untuk menghina netizen tetapi berang dengan “perancangan jahat” disebalik kecaman yang dilemparkan kepada artis ketika itu. Menuduh ada seorang selebriti telah mengrekrut netizen untuk “menyerang” para artis ketika siaran langsung pihak SENIMAN yang berbicara mengenai bantuan khusus artis.

April 3rd, 2020

Meskipun kini ada segelintir artis yang bertindak “menyerangnya” dengan pelbagai tuduhan dan kecaman menerusi Telegram, pelakon Zarina Anjoulie bagaimanapun mengakui dia sedikit pun tidak rasa tergugat. Dia berkata, tindakannya bersuara mengenai mengenai golongan selebriti mahu menerima bantuan khusus daripada kerajaan sebelum ini adalah perkara betul dan juga dibuat secara am.

zarina anjoulie seniman laporan polis

Katanya lagi, dia bukanlah Zarina dahulu yang boleh ditindas dan dipijak. Malah, ramai yang bersetuju dengan pendapatnya termasuklah beberapa selebriti yang turut menyatakan perkara yang sama.

Bagi saya, siapa makan cili dia terasa pedas. Kedua, majoriti bersetuju apa yang saya cakap. Ketiga, beberapa individu lain dalam industri hiburan seperti Datuk Rizalman, Datuk Hans Issac, Zul Yahya dan pengarah, abang Mamat Khalid pun bercakap perkara sama.

Kenapa tidak marah dan saman mereka? Takut tak ada tawaran kerja? Sebab itu saya cakap, mereka ini berniat jahat. Mereka nak tindas orang yang senang dipijak.

Maaf, saya bukan Zarina 12 tahun lalu yang boleh ditindas. Kenapa apabila saya bersuara, semua nak takut? Semua nak buat laporan polis. Apa yang takut sangat dengan suara saya? Mereka lagi popular, buat apa nak risau

zarina anjoulie seniman laporan polis

Zarina menganggap tindakan segelintir artis mengutuknya seperti dalam kumpulan Telegram yang tersebar itu adalah salah. Tambah Zarina lagi, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengatakan dia meracun netizen untuk membenci artis, tetapi tindakan persatuan itu meminta artis membuat laporan terhadap dirinya turut dikira sebagai menghasut.

Seniman kata saya racun rakyat. Tapi, apabila mereka minta semua buat laporan terhadap saya, bukankah itu menghasut? Lagipun, ramai orang sudah memang bercakap perkara ini sebelum saya cakap lagi. Apa yang mereka nak merepek dan tak boleh terima? Dalam keadaan sekarang, mereka patut diam saja.

zarina anjoulie dedah artis hina netizen

Dalam pada itu, Zarina berkata dia tidak akan memohon maaf kerana permintaan itu tidak masuk akal, menegaskan bahawa dia tidak ada melakukan apa-apa kesalahan.

Saya takkan minta maaf. Kenapa pula saya yang kena minta maaf. Yang kutuk dan hina saya, saya patut saman mereka, selepas itu suruh saya minta maaf. Masuk akal tak?

zarina anjoulie

Terdahulu, Zarina pernah memuat naik video mengecam tindakan beberapa rakan artis yang dianggap “tidak malu” meminta bantuan khusus kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah. Dia turut mendedahkan perbualan di Telegram dimana beberapa artis menghina netizen IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung.

Sumber Berita : Harian Metro