May 13th, 2015

Nampaknya kes mutaah Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sekali lagi menjadi perbincangan hangat pembaca BeautifulNara. Pengakuan Aidil Zafuan yang dirinya tidak mampu membayar RM300,000 seperti yang dituntut oleh Rita telah menimbulkan pelbagai maklumbalas. Malah kata-kata Aidil yang mendakwa bekas isterinya tidak layak menerima tuntutan tersebut kerana Rita telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri juga menimbulkan kontroversi.

rita rudaini

Rita Rudaini bagaimanapun membalas kenyataan Aidil dengan kata-kata yang cukup sinis. Iyerlah, selama ini pun kita sering melihat Aidil dan isterinya, Zarema bercuti di luar negara. Seperti yang dikatakan oleh Rita, gaya hidup mewah Aidil memang cukup mewah seperti yang sering ditunjukkan oleh pemain bola sepak itu di Instagram. Walaupun begitu, ada juga yang mengkritik Rita kerana tuntutan RM300,000 itu seolah-olah menunjukkan dirinya mata duitan. Namun Rita ada jawapannya tersendiri:-

Apa pun orang nak cakap atau keji, saya tidak terkesan kerana Allah yang lebih mengetahui dan Dia saksi segalanya. Perjuangan saya bukan untuk RM300,000 tetapi untuk maruah wanita dan seorang isteri dan seorang ibu yang rumahtangganya dianiaya.

rita

Terharu la pula Abang Nara membaca kata-kata Rita Rudaini. Iyerlah kalau nak fikirkan bab duit, rasanya Rita memang dah cukup banyak duitnya. Perniagaan pun ada, berlakon pun selalu. Sememangnya ini adalah perjuangan untuk mempertahankan maruah dirinya. Semoga pihak yang benar akan beroleh kemenangan. Sama-samalah kita doakan.

October 2nd, 2014

Memang tak silap untuk diri ini berharap agar anak Abang Nara membesar menjadi seorang pemain bola sepak. Boleh tahan lumayan gajinya. Kalau di luar negara, gaji seminggu boleh cecah RM100,000. Di Malaysia pun tak kurang hebatnya. Pemain seperti Aidil Zafuan mendapat sehingga RM50,000 sebulan. Setahun dah lebih dari setengah juta tue.

rita rudaini

Bukan itu sahaja, Aidil juga didakwa memiliki kereta mewah dan juga motor berkuasa tinggi. Fuh~~ Nampak gayanya pemain bola sepak di Malaysia pun dah mula dipandang tinggi bakatnya. Satu perkembangan yang amat baik. Kata Rita Rudaini:-

Aidil pernah memaklumkan kepada saya bahawa dia memperoleh pendapatan lebih daripada RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain untuk JDT dan FAM.

Oleh kerana defendan mempunyai pendapatan besar, beliau mampu memiliki kereta mewah iaitu Mercedes CL350 dan motosikal berkuasa tinggi Ducati Monster.

Pergh!!! Siapa sangka kan? Namun agak menyedihkan kerana menurut dakwaan Rita Rudaini, walaupun bergaji besar, Aidil gagal membayar nafkah kepadanya selama 20 bulan sejak Januari 2012 hingga mereka bercerai Ogos tahun lalu. Kata Rita lagi:-

Sepanjang tempoh itu (20 bulan) defendan tida pernah menghantar wakil untuk membayar nafkah kepada saya. Malah tiada sebarang wang simpanan atau barang berharga ditinggalkan kepada saya untuk digunakan sebagai nafkah.

Tuntutan ini saya kemukakan bagi mendapatkan hak saya sebagai isteri yang gagal dibayar nafkah oleh defendan selain permintaan saya di luar mahkamah yang tidak diendahkannya.

rita rudaini

Untuk makluman, Rita menuntut tunggakan nafkah bernilai RM102,000 kepada Aidil. Selain itu Rita juga turut membuat tuntutan muta’ah bernilai RM300,000 terhadap bekas suaminya itu. Kedua-duanya adalah kes yang berbeza. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini.

P.S: Banjir kilat di Kuala Lumpur semalam.

August 26th, 2014

Menarik juga Abang Nara membaca luahan hati Rita Rudaini mengenai tuntutan muta’ah RM300,000 yang difailkan terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan. Ada kelogikan dan kewajaran daripada kata-kata yang diluahkan oleh pelakon jelita ini. Tambah menarik, Rita turut membongkar yang dirinya tidak pernah menggunakan duit milik Aidil walau satu sen sejak mereka berkahwin dulu. Hmmmmm.

rita dan adidil

Malah Rita juga turut mempersoalkan mengenai perbelanjaan perkahwinan kedua Aidil dengan Zarema yang pastinya menelan belanja besar. Jika itu boleh dilakukan, apalah sangat tuntuan muta’ah ini. Kata Rita:-

Saya bukan nak duit dia (bekas suami) pun. Sejak berkahwin lagi saya tak pernah ambil duit dia satu sen pun. Malah saya guna duit hasil berlakon untuk belanja sendiri. Dia pun saya belanja dan manjakan dulu.

Tuntutan mutaah ini nak sedarkan pada dia yang jangan ingat boleh layan saya dan anak macam sampah apabila sudah senang dan tak mahu kami lagi. Maruah saya dan anak bukan di bawah tapak kaki dia.

Kalau masa kahwin lain dia boleh habiskan beratus ribu ringgit, kenapa dia tak boleh bayar tuntutan untuk saya sekeluarga. Di dunia ini dia boleh menafikan serta berbohong… tapi di akhirat nanti nak lari mana gamaknya.

rita

Abang Nara enggan menyebelahi mana-mana pihak. Abang Nara yakin pihak mahkamah akan membuat keputusan yang adil. Sama-samalah kita nantikan hari perbicaraan kelak. Semoga pihak yang benar mendapat kemenangan yang diinginkan. Selamat berjaya Abang Nara ucapkan kepada Rita dan Aidil.

August 18th, 2014

Ah~~ Setiap kali Rita Rudaini ditemuramah oleh mana-mana media, pasti akan terkeluar cerita kurang enak mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan. Abang Nara tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. Mungkin ini cara Rita mencuri perhatian Aidil agar memberikan sedikit tumpuan kepada anak-anaknya. Iyerlah, kalau tak diberitahu kepada media, mungkin Aidil akan buat tak tahu sehingga bila-bila, lebih-lebih lagi sejak mendapat isteri baru.

rita rudaini

Selaku seorang ayah kepada 2 orang anak, Aidil wajib menyediakan persiapan raya buat kedua-dua mereka. Tak kisahlah walaupun Rita mampu untuk membeli baju raya. Sebagai ayah, ia sudah menjadi tanggungjawab. Sedih juga apabila mendapat tahu sehingga ke hari ini Aidil masih tidak memberikan wang belanja. Kata Rita:-

Kalau ditanya sama ada anak-anak ada beraya bersama bapa mereka, saya memang malas hendak jawab sebenarnya kerana tidak mahu timbul kontroversi. Namun begitu, saya berasa sangat kecewa dengan sikapnya itu.

Sehingga kini dia langsung tidak memberi duit belanja atau persiapan raya untuk anak-anak. Saya bukanlah hendak berkira kerana masih lagi mampu, tetapi itu merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Saya tidak pernah halang kalau dia hendak beraya dengan Rayyan dan Qaqa, tetapi saya berasa sangat kasihan dan kerap menangis apabila mengenangkan nasib anak-anak.

Selepas cerita mengenai komunikasi antara saya dan Aidil menerusi aplikasi WhatsApp dan WeChat disekat oleh isterinya, Zarema tersebar ke pengetahuan umum, dia langsung tidak menghubungi saya lagi sehinggalah pada malam raya tempoh hari.

rita rudaini

Hmmmm. Harap-harap Aidil membaca apa yang dikatakan oleh Rita ini. Kita masih lagi di bulan Syawal. Belum terlambat untuk bawak anak-anak membeli baju raya. Dapat sehelai dua t-shirt untuk digayakan ketika pergi ‘open house’ pun jadilah. Kesian kat anak-anak. Lagi kasihan sebab masih tak dapat beraya dengan ayah sendiri. Luangkanlah sedikit masa. Tak gitu? Info asal Kosmo.