Written by AbangNara | November 18th, 2013

Agak terkejut Abang Nara membaca fakta yang dikeluarkan oleh Bipop semalam. Rupa-rupanya Jalani Sidek dan Datin Seri Zaleha Mohd Khalid telah pun bergelar suami isteri sejak 2 tahun yang lalu. Namun perkahwinan tersebut terpaksa dirahsiakan daripada media massa atas permintaan nereka berdua. Berita tersebut hanya diketahui oleh ahli keluarga dan wartawan yang rapat dengan Jalani dan Zaleha.

gambar kahwin

Jadi majlis resepsi yang berlangsung 2 minggu lalu sebenarnya adalah untuk meraikan dan mengumumkan berita perkahwinan mereka. Majlis tersebut telah berlangsung di Hotel Double Tree by Hilton dengan meriah sekali. Terang Zaleha mengenai tindakan mereka merahsiakan perkahwinan:-

Terlalu sukar untuk dijelaskan kenapa kami terpaksa merahsiakan perkahwinan kami selama 2 tahun ini. Apa yang dapat saya katakan, banyak hati yang perlu dijaga terumata anak-anak dan keluarga. Disebabkan itulah, kami memerlukan masa yang betul-betul sesuai untuk mengumumkan perkahwinan selama ini.

Namun sebenarnya ramai di kalangan keluarga, saudara mara dan raka media massa sudah mengetahui, tapi mereka menghormati permintaan kami. Bukan kami mahu berselindung, tapai apabila sudah bersedia, barulah kami mengambil langkah untuk mengumumkannya.

zaleha lagi

Datin Seri Zaleha juga turut mengakui terkejut dengan kontroversi yang melanda walaupun ketika itu mereka sudah bergelar suami isteri. Tambah beliau lagi:-

Saya tidak biasa dengan dunia selebriti… tapi itulah… terkejut juga dahulu apabila wajah terpampang di akhbar (ketawa). Apa yang berlaku, saya reda walaupun tepaksa menanggung tohmahan.

Kami sebenarnya sudah berkahwin 2 tahun lalu, malah sudah 2 kali meraikan Syawal bersama. Walaupun berdepan fitnah, kami bersabar. Kami percaya kebenaran akan terbukti.

zaleha jalani

Pasti Datuk Seri Jalani Sidek dan Datin Seri Zaleha kini boleh menarik nafas lega dengan pengumuman perkahwinan mereka. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat. Tahniah Abang Nara ucapkan. Selamat pengantin baru buat anda berdua.
vitaminP.S: Pening tak tahu nak pilih vitamin apa sebagai supplemen? Jangan risau. LIKE sahaja Facebook Doktor Vitamin Anda untuk mendapat maklumbalas yang jitu, tepat dan padat. Segala persoalan anda akan dijawab oleh mereka yang pakar. Confirm anda dah tak perlu risau dan takut untuk ambil vitamin yang dicadangkan oleh Doktor Vitamin Anda.

Written by serenity | November 11th, 2013

Sebelum ini Raja Azmi telah melangsungkan perkahwinan dengan Eddie CRK di Laman Santai Istana Budaya, malam semalam, bekas suami beliau iaitu Datuk Seri Haji Jalani Sidek yang telah melangsungkan majlis perkahwinan dengan Datin Seri Hajah Zaleha Mohd Khalid.

 photo 1470311_457044791080534_232733674_n.jpg

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Majlis mereka berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Pasangan ini diiringi dan diraikan oleh anak-anak mereka dan antara yang turut hadir ialah Datin Paduka Umie Aida dan Norshila Amin, penyanyi popular 80’an.

 photo 1450779_457030417748638_2059566749_n.jpg

Bersamalah kita mendoakan perkahwinan mereka akan kekal ke akhir hayat. Kredit gambar Datin Zaleha.


Teater Bangsawan “Panji Asmara” pada 15, 16 dan 17 November 2013 (Jumaat, Sabtu dan Ahad), 8.30 malam. Tiket biasa berharga RM 5 manakala tiket PREMIER boleh didapati dengan harga RM 50 (tempat duduk eksklusif terhad + makan malam). Berminat? Hubungi 03-2614 8262 untuk tempahan tiket!

 

Written by AbangNara | September 2nd, 2012

Kalau anda masih ingat, Jalani Sidek satu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan wanita yang bernama Zaleha ini. Nampaknya hubungan kedua-dua manusia ini kelihatan semakin mesra selepas Jalani disahkan bercerai dengan isterinya, Raja Azmi. Menurut B*pop hari ini, Jalani dan Zaleha telah pun menyambut Syawal bersama-sama.

jalani dan zaleha

Daripada gambar di atas pun Abang Nara dapat bayangkan kemesraan Jalani dan Zaleha. Tak salah kalau katakan nampak macam pengantin baru. Abang Nara rasa molek benar kalau kedua-duanya berkahwin. Alang-alang dah single mingle. Lagi cepat kahwin lagi bagus kot. Namun Zaleha ada jawapannya tersendiri apabila ditanya tentang perkahwinan dengan Jalani.

Itu soalan cepu emas… Soal jodoh, ajal dan maut semuanya ketentuan Allah SWT. Saya tidak mahu membesarkan isu ini, saya juga tidak terfikir mahu menunjuk-nunjuk dalam situasi ini, tapi wartawan dapat menghidunya. Hakikatnya saya tidak boleh lari dari kenyataan, saya dan Jalani tetap bersama. Soal sejauh manakah hubungan saya dan Jalani, ia terlalu peribadi untuk diperkatakan. Banyak hati yang perlu dijaga.

Tak apalah. Mungkin Zaleha dan Jalani ada perancangan mereka tersendiri. Sama-samalah kita doakan agar mereka berdua cepat-cepat dipertemukan jodoh. Nampak memang dah sangat mesra dah. Keluarga Zaleha pun nampak macam menerima Jalani. Abang Nara doakan agar hubungan mereka akan berakhir ke jinjang pelamin satu hari nanti.

Written by AbangNara | December 8th, 2011

Sekali lagi Abang Nara agak terlambat untuk mengupdate penjelasan Zaleha tentang hubungan istimewanya bersama Jalani Sidekk. Nasib baik Harian Metro yang dibeli  semalam masih tak dibuang. Ternyata hubungan istimewa yang dimaksudkan oleh Zaleha antara dia dan Jalani Sidek bukanlah hubungan percintaan.

zaleha jalani sidek

Gambar di atas ialah gambar Jalani Sidek dan Raja Azmi, sila jangan salah faham. Berikut ialah penjelasan Zaleha di dalam Harian Metro semalam untuk menjawap persoalan motif yang ditanyakan oleh Jalani.

Tak ada apa-apa motif pun. Lagipun tak pernah saya cakap dalam artikel ada unsur percintaan antara saya dan Jalani Sidek. Selama ini pihak media menganggap hubungan kami itu sebagai “istimewa” sedangkan hakikat sebenar, kami hanyalah bersahabat bersama-sama menjalankan tugas secara profesional kerana Jalani penasihat di syarikat saya. Jadi tidak patutlah saya dianggap sebagai orang ketiga dalam hubungan Jalani dan Raja Azmi sehingga ia menggugat keharmonian rumah tangga mereka

Fuh ~~ Panjang jugak penjelasan Zaleha. Abang Nara punya kesimpulan senang sahaja. Maknanya di sini pihak media yang melaporkan cerita Zaleh dan Jalani telah tersalah buat laporan. Tak gitu? Kata Zaleha lagi:-

Saya berani menceritakan perkara sebenar kepada wartawan kerana tak mahu orang salah faham hubungan kami selama ini. Malah apa yang saya cakap kepada media sebelum ini adalah dengan persetujuan Jalani sendiri. Saya tampil membuat penjelasan ini kerana mahu membersihkan nama saya dan menghindari salah faham. Saya tak mahu dipandang serong oleh masyarakat dan enggan isu ini berlarutan. Lebih daripada itu, saya tak mahu hubungan saya dan keluarga Jalani terjejas kerana kami sudah begitu rapat lebih setahun lalu.

Ha. Diharap dengan penjelasan ini tak adalah lagi orang nak kata Zaleh bercinta dengan Jalani dan percintaan mereka direstui oleh Raja Azmi. Abang Nara rasa mereka ini berkawan secara profesional atas nama business. Tak gitu? Moga-moga cerita ini boleh ditutup dan tak dibuka lagi selepas ini. Makin pening pulak bila makin lama makin berbelit dan makin ramai orang yang buat statement. Tak gitu?