Written by serenity | December 29th, 2015

Kalau semalam kami telah mengongsi gambar-gambar majlis pernikahan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 iaitu Zaim Helmi Zaini dengan isteri, Nur Damia Mohamed Nasir, kali ini apa kata kita lihat gambar-gambar dari majlis resepsi yang berlangsung pada malam 25 Disember, juga di De Palma, Ampang.


 photo NAZ_8065.jpg

Khabarnya, Zaim melamar Damia selepas tempoh perkenalan yang singkat disebabkan pernah kecewa dalam percintaan sebelum ini. Antara tetamu majlis ialah sanak saudara sebelah Zaim dari Brunei dan sanak saudara Damia dari Kelantan dan Indonesia. Bersama kita doakan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Gambar-gambar ini ialah hasil buah tangan Sixuca Wedding Photography.

Lagi 31 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | December 28th, 2015

Pada 25 Disember lepas, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) iaitu Zaim Helmi Zaini, 29, telah melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya Nur Damia Mohamed Nasir, 28, di De Palma, Ampang. Pernikahan disahkan dengan sekali lafaz.

Pasangan ini mengenakan busana oleh Qudyn manakala bunga pula ialah hasil buah tangan Lovely Rizarraa.

 photo DSC_1009.jpg

Majlis mereka ini berlangsung meriah dan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.

Untuk makluman, gambar-gambar ini ialah hasil bidikan Sixuca Wedding Photography.

Lagi 39 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

JKKN mengucapkan Selamat Hari Natal dan Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikan perayaan ini. Happy Holidays!!! Ho! Ho! Ho!

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 23 December 2015