October 29th, 2017

Nampaknya perbalahan serta kontroversi antara Zahirah Macwilson dengan Kamal Adli masih lagi belum reda selepas Kamal mengeluarkan kenyataan Zahirah menikam belakangnya sehingga hubungan beliau bersama aktres Emma Maembong terjejas sedangkan mereka sudah berbaik.

Mengetahui kenyataan yang dibuat oleh Kamal, Zahirah memberitahu beliau tidak gentar dan mempunyai bukti yang kukuh mengenai kontroversi yang berlaku. Buat Zahirah, apa yang dikatakan oleh Kamal hanya untuk menyelamatkan diri.

Terdahulu, Kamal memberitahu beliau Emma, Zul Ariffin dan Zahirah sudah bertemu untuk menyelesaikan segala masalah dan mengakui kesilapan beliau tetapi Zahirah didakwa tampil memutar belitkan kenyataan kepada pihak media serta mengeluarkan bukti perbualan WhatsApp mereka berdua di Instagram.

October 29th, 2017

Kehadiran Emma Maembong ke Super Spontan 2017 dan kelihatan mesra bersama Kamal Adli menimbulkan tanda-tanya dikalangan peminat mengenai status sebenar hubungan mereka kini. Adakah cinta mereka sudah bertaut kembali? Tidak mahu orang ramai terus salah anggap, Emma memberitahu beliau cuma memberikan sokongan kepada Kamal sebagai seorang kawan sahaja.

Saya pernah berjanji dengan Kamal untuk hadir memberikan sokongan sekiranya dia layak ke peringkat akhir. Saya hanya mengotakan janji yang pernah dibuat dulu. Jadi, jangan gaduh-gaduh kerana kami masih berkawan.

Salahkah kami berkawan biarpun tidak mempunyai hubungan istimewa lagi? Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kita tidak tahu siapa jodoh kita. Memandangkan saya masih solo, tiada salah jika saya berkawan dengan sesiapa saja.

Tiga tahun bercinta dengan Kamal Adli bukanlah satu tempoh yang singkat. Setiap keputusan yang dibuat oleh Emma kami pasti sudah difikirkan dengan matang bukan? Kalau ada jodoh antara mereka adalah.

Sumber Berita : BH ONLINE

October 27th, 2017

Ahli perniagaan berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang dikatakan sedang rapat dengan Emma Maembong iaitu Datuk Salim Rahman menafikan khabar angin beliau mempunyai hubungan istimewa dan sudah pun melamar Emma. Datuk Salim memberitahu beliau baru sahaja  beberapa bulan berkenalan dengan Emma.

Saya rapat dengan dia dan keluarganya boleh dikatakan seperti “family friend” dan mengenali dia daripada abang iparnya.  Namun belum ada hubungan istimewa jauh lagi sudah melamar dia seperti di dakwa. Kami tidak pernah keluar berdua, jika keluar pun secara beramai-ramai dengan ahli keluarga lain atau dengan kawan-kawan yang rapat.

Ada juga dakwaan mengatakan Datuk Salim turut menemani Emma ke Sabah apabila foto mereka berdua di karnival Mood Republik di Kota Kinabalu hangat diperkatakan sehingga ia kurang disenangi oleh peminat Emma dan Kamal Adli dan timbul juga pelbagai spekulasi yang mengelirukan.

Saya tidak menemani Emma ke Sabah, sebaliknya saya terlibat dengan karnival berkenaan juga.

Terdahulu, Emma membuat satu pengakuan mengejut apabila mengesahkan beliau sudah putus cinta bersama Kamal dan mengaitkan Zahirah Macwilson dalam perhubungan mereka. Selepas itu, Zahirah pula tampil mendedahkan segala mesej perbualan beliau dan Kamal menerusi WhatsApp kerana namanya dipetik lelaki itu untuk memberi alasan kepada Emma, sedangkan mereka tidak ada apa-apa hubungan.

Sumber Berita : mStar Online

October 27th, 2017

Walaupun kontroversi hubungan beliau bersama Kamal Adli masih belum selesai, timbul pula gosip baru mengatakan Emma Maembong sedang menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan berdarah kacukan Melayu- Inggeris.

Emma tidak mahu mengulas lanjut mengenai hubungan rapatnya bersama ahli perniagaan tersebut tetapi menjelaskan beliau sudah solo dan terbuka hati untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

Rasanya, saya sudah berterus terang yang saya tidak terikat dengan sesiapa buat masa ini. Jadi, saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja. Saya tidak memandang status atau paras rupa, namun budi pekerti saja.

Sebagai manusia, saya berhak menjalin persahabatan dengan mana-mana pihak. Memandangkan saya sudah solo, jadi saya bersedia membuka hati untuk berkawan dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Tidak perlu untuk mensensasikan perkara ini kerana ia memberi impak negatif kepada saya yang baru putus cinta.

Emma juga memberitahu beliau tidak mahu memberikan sebarang lagi kenyataan berhubung kontroversi putus cinta bersama Kamal dan kemelut bersama Zahirah Macwilson yang dikatakan sebagai orang ketiga dalam percintaan mereka.

Sumber Berita : BH ONLINE