Written by Bella | July 21st, 2016

Tidak dinafikan, Yuna menerima pelbagai kritikan negatif apabila foto serta video beliau dipeluk penyanyi terkenal Usher menjadi topik viral.

Susulan itu, Yuna menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa terkilan dan kesal dengan sesetengah rakyat Malaysia yang mudah menghakiminya dari hari pertama beliau memulakan kerjaya di Amerika Syarikat.  Paling menyedihkan, bangsanya sendiri yang terus menghentam beliau tanpa mengetahui perkara sebenar.

Yuna akui beliau tidak tahan apabila ada yang melabelkan beliau perempuan sampah dan komen itu datangnya daripada mereka yang berbangsa Melayu.

Berikut luahan penuh Yuna : –

Throwback from when I was on Barney’s campaign 2014 celebrating cultural differences, shot by Bruce Weber. I remember when this first came out I was so scared of posting it because I knew the extremely rude conservative Malays (mind you I’m conservative too) would attack me for revealing my neck. Honestly. At this moment I was comfortable. The stylists from Barney’s were kind and respectful of my beliefs and let me wear this beautiful shirt dress. I get to pose with this lovely Punjabi couple along with a fellow half Malaysian model who later became my friend.

People ask me what ethnicity I am I tell them I am Malay. Why can’t you wear a short dress? I tell them I am Muslim. Someone once told me my experience is mine. No one else is living it. No one has lived it. Outsiders have the illusion that they can tell you how to live your life because- they have lived theirs letting OTHER people tell them how to live. My father always told me ‘You make your own decision. You can think. Why do you have to listen to other people?’ Isn’t it weird, the biggest racism and discrimination that I’ve ever faced, was never from the Americans- it was from my own race. There I’ve said it. They call me ‘perempuan sampah’ and tell me to ”might as well go naked’.

The worst, hurtful & sexist things I’ve ever had thrown to me, were from the lips of the Malays. All I can do is be patient. Allah is great. And Alhamdulillah for everything. So this is me. I will wear whatever I want. I will show my appreciation whether it’s a handshake, or a hug, to my friends, this is me. Save your mediocre downgrading religious preach to yourself, they have no meaning to me. I have some Americans telling me to take my hijab off, and I tell them no. I have some Malays tell me to take my hijab off because ‘from wearing a turban might as well take off your hijab’, I tell them no too. I am me.

Tada! Expect more candidness from your fun, happy, Yuna. May it inspire you to be yourself too without letting the toxic people around you define you or how you should be. No regrets, no hard feelings I will continue to empower women and men everywhere as long as I live inshaAllah. Lepas ni.. no filter! Yay!!

Menjadi diri sendiri adalah kebebasan yang paling bermakna. Susah kalau hendak puaskan hati ramai pihak dan terlalu memikirkan kritikan. Kadang-kadang memang sedih melihat sesetengah bangsa kita sendiri yang mempunyai perasaan hasad dengki dan mudah menghakimi seseorang.

Sumber Berita : Instagram Yuna

Written by Bella | July 20th, 2016

Gara-gara video serta foto beliau memeluk penyanyi terkenal Usher ketika mengadakan persembahan Live at The Roots Picnic 2016, Yuna telah menerima kritikan yang cukup panas daripada netizen.

Menerima pelbagai komen negatif, Yuna akhirnya telah tampil membidas setiap kritikan “haters”  dan menyatakan kehadiran beliau dalam industri hiburan bukanlah untuk memuaskan hati semua orang.

Yuna juga menegaskan beliau juga tidak pernah mengejar populariti dan tidak perlu untuk mencetuskan sebarang publisiti murahan.

Khas untuk anda semua yang buat saya ‘trending’ hari ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berada di sini bukan untuk memuaskan hati sesiapa. Terutama buat lelaki yang tidak mempercayai kebolehan wanita. Puas kutuk saya macam-macam, tetapi apabila nampak di pusat beli-belah, anda juga yang mahu bergambar.

Ada satu peratus pembenci dan 99 peratus peminat yang sentiasa menyokong sejak terbabit dalam industri muzik, daripada hari pertama lagi. Jangan sesekali ingat yang saya lupa pada anda.

Pada masa yang sama, Yuna juga sempat untuk “menghentam” serta mengkritik penulis blog.

Ada segelintir penulis blog pun sama. Kalau ada benda menarik, baru nak tumpang. Apabila tiada berita, cari dosa dan buka aib orang, pecah-belahkan bangsa sendiri sebab nak dapatkan trafik di blog dan iklan. Semua sebab nak duit. Jangan ingat saya tak tahu apa yang anda buat untuk hidup. Kita bukannya bodoh.

Apabila isu berkenaan menjadi viral, ada segelintir peminat yang mempercayai apa yang berlaku bukanlah secara sengaja.

Ramai yang berpendapat Yuna sudah cuba untuk mengelak daripada memeluk Usher tetapi terpaksa berbuat demikian kerana menghormati penyanyi antarabangsa tersebut.

Ia sebenarnya terpulang kepada  pemikiran individu yang melihat foto serta video Yuna dan Usher berpelukan. Kalau hanya berfikir negatif, maka akan timbul pelbagai komen pedas. Yuna pun sudah berikan penjelasan, harapnya tiada lagi pihak yang salah faham.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | July 19th, 2016

Nama penyanyi Yuna hari ini menjadi topik trending di Twitter apabila foto dan video beliau berpelukan dengan penyanyi terkenal Usher menjadi bualan ramai.

Yuna dikatakan berpelukan dengan Usher selepas hampir selesai membuat persembahan Live at The Roots Picnic 2016. Ketika itu Yuna dan Usher tampil menyanyikan lagu hits mereka Crush.

Beberapa peminat nyata terkejut melihat video berkenaan.

Walaubagaimanapun, masih ada yang mempercayai kejadian itu bukanlah secara sengaja dan Yuna pada awalnya mengelak untuk memeluk Usher tetapi terpaksa kerana menghormati Usher.

Kalau anda lihat, Yuna kelihatan agak tidak selesa saat Usher merangkul pinggangnya.

Sebelum mengkiritk apa kata anda tonton video dibawah untuk mengetahui kejadian sebenar.

Pada pendapat kami, Yuna pasti tidak akan melakukan perkara yang bakal mengundang kontroversi, didalam video berkenaan memang nampak Usher seakan memaksa dan Yuna tidak boleh terus mengelak lagi.