Written by serenity | December 27th, 2017

Mereka yang mengikuti perkembangan industri kosmetik Malaysia pasti mengenali Yatie Sendayu Tinggi, kakak kepada Datuk Seri Aliff Syukri dan juga Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi. Yatie juga dikenali sebagai seorang artis solekan profesional yang sering menghasilkan tutorial dan berkongsi teknik solekan. Tutorial yang dibuat oleh Yatie pernah dikongsi oleh Instagram rasmi Huda Beauty, jenama kosmetik antarabangsa.

Dalam satu muat naik di Instagram, Yatie telah menitipkan nota meminta Netizen untuk berhenti mempopularkan golongan yang mempermainkan agama dan menukar jantina. Yatie menulis:

Berat rasa nak menaip. Nanti ada yg cakap acah-acah baik.. tapi, kita sebagai netizen kena berhenti kongsi dan glamorkan mereka-mereka yang terang-terang memainkan agama dan tukar jantina ni.

Kita lagi menggalakkan untuk mereka bersaing siapa punya isu yang LEBIH viral. Itu yang mereka nak. Sekaligus, ramai anak-anak muda dan remaja yang tengah mencari identiti akan terikut. Mudahan dijauhkan dari keturunan kita begitu.

Mohon maaf kalau pos ni menyinggung sesiapa. Bukan niat nak aibkan sesiapa pun sebab saya sendiri pun tak sempurna. Sebab kita tak tahu takdir Allah. Mana tahu, mereka ni di akhir usia lebih baik dari kita semua.

Kita doakan yang baik-baik tapi jauh sekali menggalakkan mereka dari menyimpang. Sebab pengaruhnya kuat untuk anak-anak kita pada masa akan datang.

Tulisan Yatie telah mendapat lebih 14,000 likes di mendapat sokongan padu pengguna-pengguna Instagram. Dia dikatakan satu-satunya yang berani bersuara mengenai perkara ini malah menerangkan pada Netizen melalui ruangan komen bahawa tindakan adik lelakinya merakam lagu dengan usahawan Nursajat dan mempopularkan usahawan itu tetap salah. – beautifulnara.com