April 25th, 2016

Disaat ada sahaja pihak yang mengkritik bentuk badan Lisa Surihani kelihatan lebih berisi selepas bersalin, Yusry KRU bagaimanapun tidak pernah kisah jika isterinya itu agak gemuk berbanding sebelumnya.

Buat Yusry ia adalah perkara normal untuk setiap wanita naik sedikit berat badannya selepas bersalin.

Yusry juga berpendapat soal kurus bukan kerana hendak menurukan berat badan tetapi lebih kepada untuk menjaga kesihatan diri.

Saya rasa, sesiapa pun yang bergelar isteri selepas bersalin, keinginan untuk menguruskan berat badan pastinya ada. Cuma, saya lihat apa yang dilakukan Lisa bukan kerana dia ambil peduli badan berisi atau runsing soal berat badan, tetapi lebih kepada menitikberatkan soal kesihatan.

Bagi saya soal menjaga kesihatan bukan lagi semata-mata untuk kurus, tetapi sudah menjadi gaya hidup. Bayangkan jika kelahiran anak pertama saja sudah mengubah kekentalan diri, macam mana pula kalau ada rezeki untuk mendapatkan anak kedua?.

Jadi, ia sebenarnya lebih kepada langkah berjaga-jaga. Bagaimanapun, memang disiplin Lisa sangat tinggi untuk menguruskan badan.

Untung Lisa dapat suami yang memahami, kalau ada sesetengah lelaki (bukan semua) baru isteri berisi sedikit dah mula merungut, sedangkan mereka bertarung nyawa untuk lahirkan zuriat untuk suami. Ermm..Apa pula pendapat korang?

Sumber Berita : BH PLUS

March 23rd, 2016

Sejak bergelar ibu, kehidupan Lisa Surihani sudah berubah. Tidak boleh renggang daripada Yahaira Leanne,  Lisa mungkin akan bersara daripada dunia lakonan bagi menumpukan perhatiannya kepada puteri sulungnya itu.

Sejak ada anak, segalanya berubah. Jika dulu keutamaan saya berbeza, sekarang it’s all about her. Mengenai kerjaya lakonan, saya terbuka untuk perlahankan aktiviti lakonan agar dapat luangkan masa dengan anak. Bila tiba masa sesuai, saya akan kembali aktif.

Saya juga tidak menolak kemungkinan untuk bersara. Jika saya perlu memilih antara kerjaya atau motherhood, saya pasti memilih motherhood. Tapi saya tidak pernah meletakkan jangka masa sasaran untuk saya meninggalkan dunia lakonan.

Lisa mengakui beliau akan lebih selektif jika menerima mana-mana tawaran lakonan selepas ini agar ia bersesuaian dengan kehidupannya kini. Lisa kalau boleh tidak mahu terlalu lama meninggalkan anaknya.

Kalau dulu, saya selektif atas sebab-sebab profesional. Tapi kali ini lebih peribadi. Lokasi penggambaran, waktu bekerja dan sebaginya sangat penting bagi saya kerana saya tak mahu terlalu lama tinggalkan anak. Saya mahu selalu ada bersamanya lebih-lebih lagi pada fasa dia sedang membesar.

Kalau sudah anak, memang agak susah untuk seseorang ibu terlalu lama tinggalkan anak untuk urusan kerja. Selain perasaan rindu, mereka akn fikir jika anak mereka dijaga dengan elok mahupun tidak. Apa sahaja keputusan yang Lisa Surihani ingin lakukan, kami pasti anda masih ada peminat yang akan selalu menyokong anda.

Sumber Berita : Tonton Extra

March 22nd, 2016

Muncul dalam program eBu Babypedia yang disiarkan oleh stesen televisyen berbayar, Astro, ramai yang mempersoalkan adakah tindakan Yusry  KRU dan Lisa Surihani untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka , Yahaira Leanne sebelum ini kerana ingin memberikan hak eksklusif kepada Astro?

Walaubagaimanapun, menurut Yusry  mereka masih tetap dengan prinsip untuk tidak terlalu mendedahkan Yahaira dan tidak memberikan sebarang hak eksklusif kepada mana-mana stesen televisyen.

Pertama kali pihak Astro bertanyakan tentang sebuah rancangan untuk memperkenalkan Yuhaira, kami menolak kerana itu sudah bertentangan dengan kenyataan kami sebelum ini iaitu tidak mahu mendedahkan wajah bayi itu.

Kemudian mereka akur dan bersetuju dengan cadangan kami untuk program yang berkongsi pengalaman bagaimana pertama kali menjadi ibu-bapa.

Namun, tidak bermakna mereka langsung enggan berkongsi foto Yahaira.

Ia bukan bermakna kami tidak langsung mahu kongsi gambarnya, jika ia perlu dan pada masa yang sesuai atau saya rasa ingin kongsi, saya akan lakukan.

Dalam rancangan televisyen ini ada beberapa babak juga yang kami dedahkan wajahnya iaitu ketika majlis aqiqah kerana macam tidak logik pula kalau dia tidak kelihatan di majlis itu.

Ramai sebenarnya yang teringin untuk melihat wajah Yahaira Leanne bukan kerana ingin mengkritik tetapi lebih untuk tahu bagaimana rupanya anak artis pujaan mereka.  Tidak salah jika sekali sekala Yahaira didedahkan kepada peminat.

Sumber Berita : mStar Online

March 2nd, 2016

Sesetengah selebriti pasti akan membuka satu akaun laman sosial khas buat anak mereka yang bakal dilahirkan. Malah, hampir setiap hari mereka akan memuat naik video ataupun foto gelagat anak mereka bagi tatapan umum.

Namun, apabila Lisa dan Yusry membuat keputusan untuk tidak berkongsi foto anak mereka, ada yang mengkritik pasangan tersebut  terlalu berkira, sedangkan sebelum ini mengharapkan doa peminat untuk mendapatkan cahaya mata.

Jelas Lisa, beliau dan Yusry enggan membuka akaun laman sosial buat Yahaira Leanne  atas faktor keselamatan. Malah, Yahaira masih lagi terlalu kecil untuk mengenali dunia teknologi dan sebagai ibu bapa Yusry dan Lisa mahu anak perempuan mereka menikmati dunia kanak-kanaknya.

Yahaira masih terlalu kecil dan belum faham keadaan sekeliling, jadi biarlah dia menikmati dunianya sperti kanak-kanak lain. Kalau dia sudah mengenal teknologi, kami biarkan dia buat pertimbangan sendiri. Bukan kami atau orang lain mewujudkannya.

Lisa bagaimanapun tidak mengkritik cara ibu bapa lain mendidik anak mereka.

Tidak bermakna saya betul atau ibu bapa lain salah berhubung hal ini kerana terpulang kepada mana-mana individu mengeluarkan pandangan, apatah lagi masing-masing mempunyai cara dalam menjaga atau mendidik permata hati.

Di laman sosial ini memang ada sahaja mata jahat yang memerhati setiap tindakan kita, boleh kata bahaya juga kalau kanak-kanak terlalu didedahkan di Internet.  Kalau ini keputusan Lisa dan Yusry kita hormat sahaja, sebagai ibu bapa pasti mereka tahu yang terbaik buat Yahaira.

Sumber Berita : BH PLUS