Written by serenity | April 12th, 2013

Nampaknya hari ini akan menjadi hari bersejarah untuk pasangan pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan isterinya Datin Wong Mew Choo kerana bayi pertama mereka akan lahir.

Mew Choo dijadualkan untuk melahirkan anak lelaki secara pembedahan hari ini, dan bayi pertama mereka itu bakal diberi nama Kingston.

Perkahwinan pasangan popular ini telah diraikan dalam majlis gilang-gemilang November tahun lepas. Chong Wei dilaporkan sebagai berkata yang dia berharap kelahiran bayinya akan memberi semangat baru dalam mengejar kejuaraan dunia, terutamanya selepas kekalahan beliau di Kejuaraan Terbuka Australia baru-baru ini.

Sukar untuk saya tinggalkan Mew Choo sendirian, terutamanya pada tahap kandungannya sekarang. Dia sangat memahami dan meminta saya fokus kepada pertandingan, tapi saya asyik fikirkan dia dan anak kami.

Ramai fikir saya tidak sepetutnya bertanding untuk Kejuaraan Terbuka Australia.

Sebagai seorang pemain, saya dah merancang banyak perkara untuk setahun. Saya buat keputusan untuk sertai Terbuka Australia, jadi saya perlu menerima kekalahan. Tapi jangan risau, saya dah buat keputusan untuk fokus pada satu misi saja, iaitu menjuarai Kejohanan Dunia di Guangzhou (pada bulan Ogos).

Bukan mudah untuk mengekalkan status saya sebagai pemain badminton nombor satu dunia sepanjang empat tahun lepas. Saya terpaksa berhadapan dengan semua jenis pemain – tua atau muda – yang semuanya nekad untuk mengalahkan saya.

Ia sukar dan mencabar. Saya perlu terus berlatih dengan keras untuk mengekalkan stamina dan terus memotivasikan diri. Ini ialah kerjaya saya dan saya gembira kerana Mew Choo memahaminya.

Apa pun kita doakan bayi Chong Wei dan Mew Choo akan dilahirkan dengan selamat. Sumber berita asal The Star.

Written by serenity | November 12th, 2012

Boleh dikatakan majlis perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ialah celebrity wedding of the year 2012. Ramai orang-orang kenamaan dan selebriti terkenal meraikan majlis perkahwinan mereka. Ini pula ialah set gambar terakhir dari perkahwinan jaguh-jaguh badminton negara ini yang kami kongsikan di sini.

Photobucket

Photobucket
Photobucket
Majlis makan malam kedua ini berlangsung pada malam 10 November dengan tetamu kehormat Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Kredit gambar Anovia Bridal Penang. Lagi 13 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | November 10th, 2012

Lupakan Anugerah Skrin 2012 buat seketika kerana semalam turut berlangsung majlis resepsi perkahwinan pemain badminton perseorangan nombor satu negara iaitu Dato’ Lee Chong Wei dengan isterinya yang kini bergelar Datin Wong Mew Choo. Memang benar Lee Chong Wei telah banyak berjasa pada negara maka selayaknya dia diraikan di hari perkahwinannya oleh orang-orang penting negara.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah mencemar duli ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam meraikan pengantin baru bersama tetamu. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Untuk makluman, majlis mereka turut disiarkan secara langsung oleh NTV7.


Bertuah sungguh pasangan ini, bukan calang-calang yang meraikan perkahwinan mereka. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Sebagai bonus, apa kata kita saksikan video pra-perkahwinan mereka.

Dato’ Lee Chong Wei & Datin Wong Mew Choo Pre-Wedding (V2) from Anovia Bridal on Vimeo.

Dato’ Lee Chong Wei & Datin Wong Mew Choo Pre-Wedding (V5) from Anovia Bridal on Vimeo.

Kredit gambar dan video Anovia Bridal.

Written by serenity | November 4th, 2012

Perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei dan bakal isteriya Wong Mew Choo akan berlangsung pada 10 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Namun apa yang menarik ialah gambar-gambar pra perkahwinan mereka yang estetik seperti yang pernah dipaparkan di BeautifulNara.com sebelum ini.


Photobucket
PhotobucketKini khas buat tatapan anda kami paparkan 5 keping lagi gambar pra-perkahwinan dua sejoli ini. Memang nampak kacak dan cantik pasangan ini, apatah lagi keduanya boleh dikatakan ada bakat dalam modeling. Pastinya perkahwinan mereka dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang meminati keduanya sebagai pemain perseorangan nombor satu negara dalam kategori masing-masing. Khabarnya hampir keseluruhan kos untuk majlis resepsi mereka ini ditanggung oleh para penaja. Dari gambar-gambar ini kita boleh bayangkan majlis perkahwinan yang penuh prestij untuk mereka nanti. Lagi 3 gambar dengan membaca entri ini sepenuhya. Kredit gambar Anovia Bridal.