Written by Bella | November 6th, 2018

Masih lagi hijau dalam industri hiburan dan tiba-tiba pula mendapat pengiktirafan sebagai Bintag Paling Popular, kemenangan penyanyi Wany Hasrita sehinggga hari ini masih lagi dipertikai oleh sesetengah pihak. Ramai yang mengatakan beliau masih belum cukup layak untuk diberikan gelaran sebegitu.

Boleh dikatakan setiap hari menerima pelbagai kritikan daripada netizen, Wany bagaimanapun tidak mudah putus asa dan mahu membuktikan kepada semua orang bahawa beliau berbakat dan seorang penyanyi yang mempunyai kualiti tersendiri.

Jujurnya, saya tidak menyalahkan netizen yang mempertikaikan kemenangan saya. Mungkin mereka belum melihat kelebihan yang ada pada diri saya. Bagaimanapun, siapa saya mahu menolak pilihan peminat? Saya tidak minta diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 31 secepat ini.

Harapan saya masih jauh lagi untuk menggapai pengiktirafan tertinggi ini, tetapi itulah kuasa undian dan pilihan peminat. Layak atau tidak layak, biarlah masa yang menentukannya. Saya tidak mahu terus hidup dalam gangguan emosi. Pengiktirafan yang saya terima dianggap satu cabaran besar untuk membuktikan saya bukannya ‘tin kosong’.

Wany juga enggan emosi mahupun tertekan memikirkan setiap persepsi negatif serta percakapan orang terhadap dirinya.  Baguslah Wany jika anda tidak mudah patah semangat, buktikan kepada semua orang anda mampu menjadi seorang penyanyi yang berjaya dalam kelas tersendiri.

Sumber Berita : BH ONLINE