Written by Bella | July 10th, 2017

Baru-baru ini pelakon Shukri Yahaya dihimpit dengan kontroversi hangat apabila wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle mendakwa dirinya telah digoda oleh pelakon lelaki tersebut. Shukri juga dikatakan telah meminta Sarah untuk menghantar foto lucahnya.

Berhubung dengan isu tersebut, Shukri memberitahu beliau sudah membuat laporan polis dua hari selepas wanita tersebut menyebarkan mesej perbualan WeChat menerusi akaun Instagramnya.

Saya buat laporan polis dua hari selepas perkara itu disebarkan. Saya tak mahu panjangkan isu ini dan laporan polis dibuat pun atas faktor keselamatan. Sekiranya wanita itu terus menyebarkan benda yang tidak sepatutnya, saya akan mengambil tindakan undang-undang.

Shukri pada masa yang sama memberitahu beliau merasa tertekan dan trauma dengan kontroversi tersebut sehingga ia menjejaskan mutu lakonan beliau.

Saya trauma sehingga takut untuk menyentuh pelakon wanita yang bergandingan dengan saya walaupun wataknya adalah sebagai ibu. Sedikit sebanyak, isu ini memberi tekanan kepada diri saya dan menjejaskan kerja saya sebagai pelakon.

Terdahulu, Sarah memuat naik foto mesej perbualan beliau dan Shukri di WeChat yang mengatakan Shukri mahu meminta foto bahagian sulitnya. Selepas itu,Sarah terus menyebarkan lagi bukti panggilan video pula dengan imej seorang lelaki mirip Shukri dan sekali lagi mendakwa apa yang berlaku adalah perkara benar dan bukan disunting.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | June 12th, 2017

Sehingga hari ini kontroversi Shukri Yahaya yang didakwa meminta foto lucah daripada seorang wanita bernama Sarah Danielle masih hangat diperkatakan. Ironinya, semua ini berlaku ketika namanya sedang meningkat naik menerusi drama Andainya Takdir. Sarah sekali lagi telah memuat naik beberapa bukti termasuk bukti panggilan video beliau bersama Shukri.

Masih menerima pelbagai persoalan bukan sahaja daripada peminat malahan keluarga beliau sendiri, Shukri sekali lagi dengan tegasnya menafikan segala dakwaan liar tersebut.

Shukri juga akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya isu ini terus berlanjutan.

Saya tidak mahu terlalu memikirkan sangat mengenai cubaan pihak terbabit yang membusukkan nama saya. Bagaimanapun, situasinya ketika ini seperti saya melakukan kesalahan besar.

Kalau boleh saya tidak mahu panjangkan perkara bodoh itu dan terheret dengan kebodohan yang cuba dilakukan pihak terbabit.Bagaimanapun, sekiranya ia berlarutan, baru saya mengambil tindakan sewajarnya.

Jika tidak bersalah kebenaran pasti akan terbukti juga satu hari nanti. Harap Shukri kekal tabah menghadapi ujian ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | June 10th, 2017

Sejak semalam lagi heboh di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle mendakwa dirinya digoda oleh aktor popular, Shukri Yahaya. Namun, Shukri ada mengeluarkan kenyataan bahawa berita itu tidak benar dan Sarah cuma ingin mencari publisiti murahan serta segala bukti perbualan itu palsu.

Susulan kenyataan Shukri, Sarah menerusi portal mStar Online memberitahu mesej perbualan beliau dan Shukri adalah benar dan beliau tidak menyunting foto berkenaan dengan tujuan tertentu. Malah, Sarah yang merupakan seorang model sambilan turut memuat naik beberapa lagi bukti di akaun Instagramnya.

Saya tiada apa-apa niat buruk selain mahu menghentikan gangguan dia. Sejak cerita ini heboh dia padam akaun Wechat peribadinya dan profile Instagram pun dia tukar. Kenapa dia nak takut kalau tidak bersalah, malah Instagram saya juga disekat dari akaunnya.

Dalam pada itu, Shukri sekali lagi menafikan kontroversi berkenaan dan enggan lagi terus melayan isu remeh tersebut. Shukri berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi bagi menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini.

Apa lagi yang dia nak? Tidak takutkah dia kalau saya ambil tindakan? Saya diam sebab malas nak panjang cerita kerana perlu menjaga reputasi diri dan maruah keluarga. Orang yang mengenali saya, tahu siapa saya. Jadi, kalau saya terus melayan, apa bezanya saya dengan dia?

Buat Shukri,  apa yang dilakukan wanita tersebut seperti ingin membodohkan diri sendiri.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | June 9th, 2017

Pagi ini kami dikejutkan dengan berita dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle telah mendedahkan bukti bergambar merupakan mesej beliau bersama seorang pelakon yang terkenal kini.

Mesej yang agak tidak senonoh dan menggoda itu didakwa dihantar oleh Shukri Yahaya kepadanya dan menerusi kapsyen Sarah di Instagram, beliau meluahkan rasa meluatnya dengan aktor berkenaan  dan merasa kurang senang dengan sikap aktor tersebut.

Walaubagaimanapun, Shukri menerusi portal mStar Online menafikan dakwaan liar tersebut dan menyifatkan wanita itu sengaja mencetuskan publisiti murahan untuk meraih perhatian ramai.

Saya pun dapat tahu berita ni pagi ini. Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk ‘famouskan’ diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri.  Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular cara pantaslah ni. Saya sikit tidak terasa dan malas nak layan.  Stop making stupid people famous.

Shukri tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan berkaitan hal ini kerana tidak mahu melayan sesuatu perkara yang remeh. Tambah Shukri lagi, beliau  enggan ambil kisah pendedahan palsu itu kerana semua orang boleh menjadi dirinya dengan meletakkan gambar profile beliau dan seterusnya menyamar dengan cara berbalas mesej tersebut.

Zaman penuh teknologi ini memang pelbagai perkara boleh dilakukan untuk menjatuhkan maruah orang lain termasuk menyamar untuk menjadi orang lain. Bersabarlah Shuk dengan perkara ini, anggaplah ia dugaan menjadi anak seni.

Sumber Berita : mStar Online