Written by AbangNara | November 3rd, 2014

Membaca kata-kata Zain Saidin mengenai pengalamannya berada di sisi isteri tercinta, Rozita Che Wan sepanjang proses bersalin membuatkan Abang Nara teringatkan perkara yang sama. Memang teruja. Macam-macam perasaan bercampur baur dalam hati. Kesian kat isteri yang sedang kesakitan, tak sabar nak tengok wajah anak, tak sabar nak azankan dan macam-macam lagilah. Detik yang paling menggembirakan dan mengujakan ialah apabila memegang si anak buat pertama kali. Menggigil juga tangan Abang Nara dibuatnya.

zain saidin

Untuk makluman, anak sulung Zain Saidin hasil perkongsian hidup dengan Che Ta ini dilahirkan secara normal dengan berat 2.8kg di Hospital Pakar Ampang Puteri kira-kira jam 2.18 petang pada 1 November lalu. Zain dan Che Ta sudah berada di hospital sejak jam 8 pagi. Kata Zain menerusi Berita Harian:-

Saya berada menemani isteri lebih empat jam di bilik bersalin. Khamis lalu, ketika membuat pemeriksaan bukaan sentimeter serviks isteri saya tak besar. Beberapa jam juga kami menunggu bukaan sentimeter serviks itu membesar pada hari bersalin.

Asalnya saya hanya mahu berada di sebelah isteri saya memberi sokongan moral. Pelbagai perasaan mula bermain di fikiran, almaklumlah ini kali pertama saya menyaksikan serta mengalami pengalaman ini. Perasaan ingin tahu itu kian bercambah.

Tapi secara automatik, saya pula jadi teruja terutamanya apabila sudah mula kelihatan kepala anak saya. Malah selepas doktor memberikan salam simbolik kepada kehadiran anak, saya lagi bertambah teruja

Zain juga turut melahirkan rasa tersentuhnya ketika melaungkan azan dan iqamat ke telinga anaknya. Kata Zain menerusi Media Hiburan:-

Syukur alhamdulillah kerana Che Ta dan bayi dalam keadaan sihat. Jujurnya, ketika berada di bilik bersalin dan melihat sendiri proses tersebut, saya rasa seperti sedang bermimpi.

Dan apabila anak dilahirkan, saya nangis di samping gembira dengan kurniaannya.Saya juga rasa tersentuh ketika azan dan iqamat ke telingan anak. Sebelumnya dia menangis, tapi apabila diazan dan iqamat dia terus diam

zain saidin

Abang Nara memahami keterujaan Zain Saidin. Itulah perasaan yang dialami oleh semua bapa di seluruh dunia. Sememangnya selepas melihat isteri kita sendiri bersalin, memang akan secara automatiknya menghargai segala penat lelah mereka bertarung nyawa. Apa pun, khabarnya Zain dan Che Ta akan umumkan nama anak mereka pada hari ke 7 nanti. Sama-samalah kita nantikan.

zain saidin

P.S: Jom dapatkan koleksi TELEKUNG TRAVEL SEJADAH terbaru keluaran Gudang.my! Keistimewaan telekung ini ialah begnya yang unik. Beg boleh simpan telekung dan beg bila dibuka menjadi SEJADAH! Harga pun sangat berpatutan, RM49 free postage! Boleh layari Facebook GudangMY atau telefon/whatsapp ke 019-236-1986. 

Written by AbangNara | November 3rd, 2014

Memang comel. Hujung minggu lalu, laman sosial rakyat Malaysia dipenuhi dengan gambar-gambar wajah comel anak perempuan sulung Che Ta dan Zain Saidin. Kesemuanya melahirkan rasa geram melihat kecomelan si puteri ini. Orang kata, ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Nampaknya anak Che Ta kecil-kecil lagi dan mewarisi kecantikan si ibu dan kekacakan si ayah.

anak che ta

Nama si comel ini akan diumumkan oleh Che Ta dan Zain Saidin menerusi rancangan H!Live tidak lama lagi. Tak sabar nak tahu. Apa pun, Sasha Saidin telah berkongsi satu gambar dirinya semasa kecil dan membuat perbandingan dengan anak Che Ta. Memang sama. Besar nanti confirm cantik macam mak saudaranya itu kan?

anak che ta

Semoga si comel ini membesar dengan sihat dan sempurna. Tahniah buat Che Ta dan Zain atas kelahiran cahaya mata ini. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

anak che ta

P.S: Yeah~~~ Kini anda boleh mendapatkan produk SKIN LAB di www.familynara.com. Penghantaran adalah percuma untuk pembelian lebih dari RM78. Apa tunggu lagi? Beli sekarang dengan Whatsapp ke 011-3338-7668. Pekerja kami yang dedicated dan mesra pelanggan akan melayan anda sepenuh hati mereka. Jangan ngorat sudah.