August 28th, 2017

Memang ada segelintir manusia yang hatinya penuh dengan hasad dengki, iri hati dan cemburu. Jenis sebegini tak boleh melihat kebahagiaan orang lain. Hati busuk. Tak boleh tengok orang lain “lebih” daripada dirinya. Itulah nasib yang menimpa Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan anak mereka, Yusof Iskandar yang sedang bercuti di Maldives. Mereka tinggal di hotel 5 bintang yang dikatakan berharga RM13,000 semalam.
hanis hairul azreenFirst thing first, tak adalah pulak Abang Nara nampak Hairul atau Azreen menulis dengan bangganya “kami tidur di Villa Soneva Jani yang berharga RM13,000 semalam. Kau mampu?”. Percutian mereka di kepulauan peribadi ini menjadi viral selepas netizen sendiri yang membuat carian di Internet tentang harga bermalam di Villa ini. Itu yang Abang Nara pelik bila ada netizen yang tulis mereka sekeluarga riak, berlagak dan sebagainya. Ish,ish,ish.
hanis hairul azreen

Abang Nara juga tak boleh brain apabila ada suara berkata “lebih baik duit yang dibelanjakan ini diderma kepada masjid ke, anak-anak yatim ke”. Korang nie tau tak menggembirakan hati isteri dan anak pun boleh dapat pahala jugak. Lagi satu mana korang tau diorang nie tak derma ke masjid?
hanis hairul azreen
Lepas tue ada pula nak kaitkan dengan cuti mewah dengan duduk kat masjid. Lagi tak boleh faham pemikiran manusia macam nie.
hanis hairul azreenNamun tidaklah semua orang berperangai syaitan macam Hamid Mohd di atas ini. Ramai yang memuji Hairul kerana menggembirakan hati isteri dan anak. Abang Nara respek kepada netizen-netizen yang berfikiran terbuka dan telah menghentam balik para haters ini. Masih ada harapan lagi Malaysia ini. Ramai rakyat yang mulia hatinya.

hanis hairul azreen
hanis hairul azreen

Buat manusia-manusia yang hati busuk ini, korang tak tertanya ke kenapa korang tak dimurahkan rezeki untuk dapat pergi bercuti mewah macam Hanis dan Hairul ini. Sebabnya kebusukan hati anda itu menghalang untuk rezeki turun mencurah-curah. Cubalah lapangkan dada, gembira untuk orang lain, tak perlu nak dengki, rasa bangga bila kawan-kawan berjaya. Kekadang yang hati busuk ini bila member-member upload kejayaan di Instagram habis disindirnya, tapi bila dia sendiri buat boleh pulak. Hmmmm. Itu yang sampai ke hari ini duduk di takuk yang sama, tak berubah-ubah. Hati tue cuci dengan klorox dulu.

hanis hairul azreen

Buat Hairul sekeluarga, sila enjoy percutian anda. Persetankan segelintir netizen yang cemburu tak bertempat ini. Semoga balik nanti ada “isi”. Selamat bercuti.