Written by Bella | July 20th, 2016

Gara-gara video serta foto beliau memeluk penyanyi terkenal Usher ketika mengadakan persembahan Live at The Roots Picnic 2016, Yuna telah menerima kritikan yang cukup panas daripada netizen.

Menerima pelbagai komen negatif, Yuna akhirnya telah tampil membidas setiap kritikan “haters”  dan menyatakan kehadiran beliau dalam industri hiburan bukanlah untuk memuaskan hati semua orang.

Yuna juga menegaskan beliau juga tidak pernah mengejar populariti dan tidak perlu untuk mencetuskan sebarang publisiti murahan.

Khas untuk anda semua yang buat saya ‘trending’ hari ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berada di sini bukan untuk memuaskan hati sesiapa. Terutama buat lelaki yang tidak mempercayai kebolehan wanita. Puas kutuk saya macam-macam, tetapi apabila nampak di pusat beli-belah, anda juga yang mahu bergambar.

Ada satu peratus pembenci dan 99 peratus peminat yang sentiasa menyokong sejak terbabit dalam industri muzik, daripada hari pertama lagi. Jangan sesekali ingat yang saya lupa pada anda.

Pada masa yang sama, Yuna juga sempat untuk “menghentam” serta mengkritik penulis blog.

Ada segelintir penulis blog pun sama. Kalau ada benda menarik, baru nak tumpang. Apabila tiada berita, cari dosa dan buka aib orang, pecah-belahkan bangsa sendiri sebab nak dapatkan trafik di blog dan iklan. Semua sebab nak duit. Jangan ingat saya tak tahu apa yang anda buat untuk hidup. Kita bukannya bodoh.

Apabila isu berkenaan menjadi viral, ada segelintir peminat yang mempercayai apa yang berlaku bukanlah secara sengaja.

Ramai yang berpendapat Yuna sudah cuba untuk mengelak daripada memeluk Usher tetapi terpaksa berbuat demikian kerana menghormati penyanyi antarabangsa tersebut.

Ia sebenarnya terpulang kepada  pemikiran individu yang melihat foto serta video Yuna dan Usher berpelukan. Kalau hanya berfikir negatif, maka akan timbul pelbagai komen pedas. Yuna pun sudah berikan penjelasan, harapnya tiada lagi pihak yang salah faham.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | July 19th, 2016

Nama penyanyi Yuna hari ini menjadi topik trending di Twitter apabila foto dan video beliau berpelukan dengan penyanyi terkenal Usher menjadi bualan ramai.

Yuna dikatakan berpelukan dengan Usher selepas hampir selesai membuat persembahan Live at The Roots Picnic 2016. Ketika itu Yuna dan Usher tampil menyanyikan lagu hits mereka Crush.

Beberapa peminat nyata terkejut melihat video berkenaan.

Walaubagaimanapun, masih ada yang mempercayai kejadian itu bukanlah secara sengaja dan Yuna pada awalnya mengelak untuk memeluk Usher tetapi terpaksa kerana menghormati Usher.

Kalau anda lihat, Yuna kelihatan agak tidak selesa saat Usher merangkul pinggangnya.

Sebelum mengkiritk apa kata anda tonton video dibawah untuk mengetahui kejadian sebenar.

Pada pendapat kami, Yuna pasti tidak akan melakukan perkara yang bakal mengundang kontroversi, didalam video berkenaan memang nampak Usher seakan memaksa dan Yuna tidak boleh terus mengelak lagi.