Written by Bella | April 10th, 2017

Fenomena nasyid sebenarnya sudah lama wujud di Malaysia. Satu ketika dahulu, kumpulan nasyid seperti Raihan, Hijjaz, In Team, UNIC, Rabbani menjadi kegemaran ramai.  Namun, entah kenapa, muzik nasyid semakin tenggelam. Walaubagaimanapun, menerusi program Gema Gegar Vaganza ia membuatkan ramai mula terimbau kembali segala nostalgia muzik nasyid.

Antara persembahan yang meninggalkan kesan yang agak mendalam di dalam hati penonton adalah daripada kumpulan Hijjaz ketika mereka menyanyikan lagu Sumayyah. Juri pun menangis tau!

Lirik Lagu Sumayyah – Hijjaz

Dalam diri selembut sutera

Kau memiliki iman yang teguh

Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera

dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani

Walau pun jasadmu milik tuan

Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi

ketabahan keluarga itu

Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari

Disuruh memilih iman atau kekufuran

Samar jahiliah atau sinaran akidah

Chorus

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara
Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

Berikut antara penonton yang tersentuh dengan lagu Sumayyah sehingga sebak dan menangis :-

Lagu Sumayyah sememangnya agak sayu dan menginsafkan. Terus terang, hati kami juga tersentuh saat melihat persembahan dan mendengar lirik lagu berkenaan. Siapa yang tidak sebak..hati lu kering..

Kredit Video : Gema Gegar Vaganza