January 18th, 2016

Baru-baru ini, sebuah video dimana penyanyi rock Amy Search jatuh daripada pentas ketika mengadakan persembahan tersebar luas di media sosial. Ia satu insiden yang agak mengejutkan dan mencetuskan kerisauan dikalangan peminat beliau.

Walaubagaimanapun,lagenda rock Malaysia ini tetap meneruskan persembahan beliau meskipun menanggung kesakitan akibat cedera pada bahagian bahu termasuklah bengkak pada ibu jari tangannya.

Kesakitan memang dirasakan kerana saya jatuh dengan menghempap tangan dan beban seluruh badan terasa pada bahu. Saya duduk berehat seketika kerana sakit, namun kembali meneruskan persembahan menyanyikan empat lagu yang berbaki selepas insiden itu.

Walaupun tangan berdenyut-denyut ketika itu, saya tetap ingin meneruskan persembahan kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Jelas Amy, ketika kejadian berlaku beliau yang sedang menjayakan majlis makan malam korporat di ibu kota ingin bersalaman dengan peminat yang berada di barisan depan. Namun,sinaran lampu dan struktur pentas mengelirukan antara punca menyebabkan beliau terjatuh dari pentas setinggi empat kaki.

Aduh, boleh terbayang dah rasa sakit yang Amy Search tanggung lebih-lebih lagi terjatuh daripada pentas yang agak tinggi tetapi kami tabik spring dengan semangat beliau yang kuat kerana masih lagi ingin memberikan persembahan terbaik buat peminatnya.

Sumber Berita: BH ONLINE