November 22nd, 2017

Bukan niat ingin memalukan atau berkata apa-apa tetapi bila sebut sahaja nama Uqasha Senrose pasti ramai yang akan teringat pelbagai gosip dan kontroversi mengenai beliau bukan? Malah, Uqasha sendiri merasa hairan dan seakan sudah jemu mengapa beliau sering menjadi mangsa kecaman netizen sejak dari awal penglibatan beliau dalam bidang lakonan.

Apa sebenarnya salah saya kerana sering sahaja dikecam dan dihentam di media sosial.Saya juga hairan dengan tindakan sesetengah netizen yang tidak penat-penat mengecam dengan memuat naik komen-komen pedas di akaun media sosial saya. Boleh dikatakan dalam seribu komen yang diberikan netizen, hampir semuanya berbaur hentaman dan ada sesetengah itu mengaibkan saya.

Sejujurnya saya tak tahu nak buat macam mana lagi kerana setiap perbuatan saya pasti dikecam dan ia seolah-olah menunjukkan ramai sangat yang tidak sukakan saya.

Bukan semua orang benci kepada Uqasha dan sering mencari kesalahan beliau, cuma sudah menjadi lumrah kehidupan sebagai seorang artis dimana setiap perbuatan pasti akan menerima pelbagai reaksi netizen. Bersabar sahaja lah Uqasha..

Sumber Berita : Astro Gempak

April 4th, 2017

Kontroversi dan kritikan daripada netizen tidak pernah boleh lekang dengan pelakon Uqasha Senrose, kata orang pasti ada sahaja isu melibatkan beliau.

Menurut Uqasha, meskipun beliau dikecam teruk tetapi beliau tidak pernah diserang di tempat awam. Malah, beliau merasa hairan dengan sesetengah individu yang pernah mengecam beliau tetapi tetap mahu bergambar bersamanya.

Walaupun ramai kecam saya di Instagram tapi tidak pernah pula ada yang kutuk secara terbuka di luar. Lebih menghairankan ada beberapa individu pernah mendekati saya memberitahu pernah mengecam saya di Instagram dan ingin mengambil gambar bersama pula.

Seperti orang lain yang mempunyai hati dan perasaan, Uqasha akui kadang kala beliau agak terguris dengan sindiran dan komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya. Walaubagaimanapun, beliau kini enggan lagi ambil pusing mengenai perkara itu.

Saya sudah tidak kisah tentang kritikan masyarakat dan tidak mampu hendak paksa mereka menyukai saya. Lepas isu buka tudung itu, lagi teruk saya dikecam pada awalnya namun sekarang orang sudah mula terima.

Berbicara mengenai tuduhan mengatakan beliau agak sukar untuk memberikan kerjasama dengan wartawan sekiranya timbul sesuatu kontroversi mengenai dirinya, Uqasha menjelaskan adalah lebih baik untuk beliau berdiam diri daripada mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber Berita : mStar Online