August 30th, 2018

Bukan sahaja mempunyai wajah yang jelita, pelakon Nur Fazura juga seorang yang lemah lembut dan mempunyai sifat penyayang  serta sangat menghargai orang sekeliling terutama sekali keluarga tercinta.

Bersempena dengan hari jadi ibu mertuanya, Puan Azizah yang ke 48, Fazura telah memuat naik satu ucapan yang ringkas tetapi masih lagi ‘sweet’ dan penuh bermakna.

Dalam ucapannya itu, Fazura mengucapkan terima kasih kepada ibu mertuanya yang tidak pernah berhenti mencurahkan kasih sayang kepadanya dan juga kerana melahirkan suaminya, Fattah Amin yang disifatkan sebagai seorang suami yang baik dan sering membuat beliau rasa bahagia.

Rata-rata netizen tersentuh hati dengan kata-kata Fazura itu mendoakan agar hubungannya dan Puan Azizah akan kekal harmoni serta penuh kasih sayang begini sehingga ke syurga. Tidak kurang juga ada yang memuji betapa beruntungnya Fazura mendapat seorang ibu mertua yang baik.