October 4th, 2019

Untuk pengetahuan anda, Mentor Milenia 2019 akan mula ditayangkan pada 6 Oktober ini pukul 9 malam menerusi saluran TV3. Pada musim ini, lima penyanyi yang dipertanggungjawabkan menjadi mentor ialah Akim Ahmad, Black Hanifah, Hazama, Ernie Zakri dan Stacy. Selain itu, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi rap, Altimet telah dilantik sebagai juri tetap.

Yang menariknya untuk musim kali ini, salah seorang daripada 20 protege yang terpilih adalah anak kedua penggubah lagu popular, Allahyarham Johan Nawawi iaitu Muhd. Syakir Alif.

Alif mengaku gusar kerana ramai yang meletakkan harapan yang tinggi kepadanya kerana ibu dan bapanya merupakan orang seni yang berbakat besar dan dikenali ramai. Pun begitu dia berjanji akan melakukan yang terbaik.

alif johan dituduh guna cable masuk mentor

Dia juga tidak melatah apabila ditanyakan mengenai isu sama ada dia menggunakan nama ibu bapanya itu bagi mendapatkan tempat dalam program realiti ini.

Tertekan juga biarpun masih dalam kelompok 20 terbaik ramai sebenarnya sudah meletakkan harapan tinggi kepada saya kerana latar belakang saya.

Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan saya terpilih kerana ‘cable’ (pengaruh arwah bapa). Ibu pula seorang penyanyi berpengalaman. Saya juga melalui proses sama seperti orang lain. Beratur, pergi ujibakat dan sebagainya.

Sebenarnya, saya rasa sangat kecil kerana mereka yang tersenarai dalam kelompok 20 terbaik ini hebat-hebat belaka. Masih terlalu awal namun saya akan melakukan yang terbaik.

alif johan nafi guna nama nora dan johan nawawi masuk mentor

Ibunya iaitu Nora juga tidak lupa untuk menitipkan nasihat kepada anak lelakinya itu supaya dapat ‘survive’ dalam industri ini.

Dia (ibu) pesan jangan terlalu layan kritikan netizen. Kena kuat kerana kecaman akan sentiasa ada tapi saya perlu belajar untuk mengendalikannya. Selain itu, ibu pesan jangan minum ais dan perlu buat persediaan dari segi mental dan fizikal.

Alif juga sedar bahawa selain bakat, penampilan juga merupakan aspek yang penting jika mahu menjadi selebriti. Dia juga tidak segan untuk mendedahkan proses dietnya.

Masuk Mentor Milenia, saya perlu utamakan juga soal penampilan. Saya nekad untuk kurus. Berat dahulu 130 kilogram (kg), sekarang 96 kg. Penampilan penting untuk mendapat tempat dalam industri ini.

Kalau setakat guna ‘cable’, susah nak hidup dalam industri ini. Bakat dan usaha bersungguh-sungguh seharusnya menjadi aset untuk kekal lama sebagai seorang selebriti.

Sumber: Kosmo! Online

August 30th, 2018

Sejak terpalit dengan pelbagai kontroversi yang masih ‘menghantui’ dirinya sehingga hari ini, Fathia Latiff nampaknya tidak lagi begitu aktif dalam dunia lakonan. Ada khabar angin mengatakan, mungkin sahaja beliau tidak mendapat sebarang tawaran untuk berlakon.

Terbaru, Fathia telah mengamuk dan melepaskan segala rasa amarahnya terhadap sebuah stesen televisyen popular yang didakwa tidak menjelaskan bayaran beberapa projek komersial.

Menurut Fathia, beliau mempunyai kontrak untuk membuktikan tuntutan beliau itu. Pada masa yang sama, Fathia turut meminta pihak berkenaan tidak lagi menyenaraihitamkan namannya daripada membintangi drama mahupun telefilem terbitan stesen tersebut atas alasan peminatnya merindui lakonan beliau.

fathia

Dalam pada itu, Fathia dengan penuh emosi sempat menyindir pekerja-pekerja di stesen televisyen itu bersikap tidak adil apabila memilih pelakon-pelakon baharu membintangi drama mereka. Berat juga dakwaan Fathia ini, betul ke stesen televisyen popular itu masih berhutang dengan beliau. Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut daripada pihak satu lagi.

May 6th, 2018

Masih tidak terlambat lagi untuk kami ucapkan tahniah kepada bekas pembaca berita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim yang sudah mengakhiri zaman jandanya apabila selamat diijabkabulkan dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu.

Perkara tersebut diumumkan oleh Azrinaz sendiri menerusi akaun Instagramnya.  Azrinaz dan Fairos sudah saling mengenali sejak 20 tahun lalu dan mula benar-benar rapat setahun lalu.

Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di kediaman pengantin perempuan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Azrinaz mohon maaf kepada semua pihak kerana tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal kerana mahu sedikit privasi dalam melayari bahtera rumah tangga.

Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua.

Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan-rakan media terlebih dahulu mahupun sahabat handai. Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti.

Terdahulu, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei pada tahun 2005 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 12, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 10.

Beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan Azrinaz dan pilihan hatinya Fairos dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : Azrinaz Mazhar Hakim

Kredit Foto : Azrinaz Mazhar Hakim & NSTP

April 2nd, 2018

Kontroversi tarian ghairah di Bigo Live dengan pelakon Natasha Elyzza menyebabkan jelitawan Fathia Latiff dikecam hebat Netizen.

Susulan kontroversi itu, Natasha Elyzza telah enam bulan tidak menerima sebarang tawaran lakonan sehingga merayu untuk diberikan peluang terakhir bagi menceburi bidang lakonan semula.

Terbaru, Fathia Latiff juga menyatakan rindu untuk berlakon melalui satu tweet yang ditulisnya.

Tweet itu menyebabkan netizen mempersoalkan sama ada benar Fathia sudah tidak menerima tawaran berlakon. Fathia seterusnya mengkritik sebuah stesen televisyen tersohor, menyatakan dia tidak kisah digam oleh stesen tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Dia turut mendakwa dilayan seperti sampah oleh krew belakang pentas Sepahtu Reunion dalam satu kes viral yang menyebabkan kemunculannya di rancangan itu digantikan oleh pelakon Siti Elizad. 

Fathia pernah membuat kenyataan meminta agar dirinya tidak dikaitkan lagi dengan kontroversi Bigo Live sebelum ini, mengakui ianya satu kesilapan dan meminta mereka yang masih menyimpan video rakaman siaran langsung tersebut untuk memadam rakaman tersebut.

Malah, walaupun pernah rapat, Fathia dan Natasha dikatakan tidak lagi berhubung antara satu sama lain semenjak kontroversi tersebut. – beautifulnara.com