July 3rd, 2020

Meskipun baru berusia 12 tahun, pelakon dan penyanyi cilik Alyssa Dezek kini merupakan selebriti pertama yang menduduki carta 10 teratas pang banyak dilanggan di YouTube Malaysia yang kini difahamkan mencecah lebih tiga juta langganan.

alyssa dezek beli vellfire

Menurut Alyssa, beliau seakan tidak sangka tindakannya memuat naik video lagu “cover” di saluran YouTube sejak berusia empat tahun itu membolehkannya berjaya membeli kereta idaman iaitu Toyota Vellfire.

“Saya sangat gembira apabila dapat membeli kereta idaman ini sekali gus boleh digunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi kesenangan dengan keluarga.”

alyssa dezek beli vellfire

Pembelian kereta mewah yang dianggar lebih rm250,000 itu diharap mampu memberi insprasi kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Tambahnya lagi, dirinya langsung tiada niat untuk menunjuk-nunjuk malah turut berterima kasih kepada ibunya, Suzannae Desek kerana mencadangkan video nyanyiannya dimuat naik di YouTube sejak lapan tahun lalu dimana pada awalnya hanya mahu disimpan untuk kenangan.

alyssa dezek beli vellfire

“Apa yang dimiliki ini bukan nak menunjuk, tapi saya ingin beritahu kepada semua orang bahawa kita mampu mencapai apa yang diinginkan.”

Untuk rekod, single terbaru Alyssa yang berjudul Lagu Untuk Kamu kini dikhabarkan sudah berjaya mendapat 56 juta tontonan malah dedahnya lagi terdapat beberapa lagi video yang dimuat naik meraih tontonan yang ramai daripada penonton setia salurannya.

Sumber: Harian Metro

November 1st, 2019

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dan pencipta lagu popular, Hael Husaini. Dalam beberapa tahun ini, namanya dalam industri hiburan cukup gah diraih daripada bakat nyanyian dan juga kualiti lagu-lagu yang dihasilkan. Tidak dinafikan dia kini berada di puncak populariti.

hael husaini

Atas segala usaha dan kerja kerasnya, Hael menerima kejutan istimewa iaitu hadiah sebuah kereta mewah Toyota Vellfire daripada pihak pengurusannya, Virus Ungu Entertainment.

Menerusi beberapa foto dan video yang dimuat naik, dapat dilihat dengan jelas reaksi Hael terkejut sehingga terduduk di atas lantai apabila mereka mengatakan bahawa kereta tersebut adalah miliknya.

Lebih eksklusif, hadiah kereta ini disertai dengan plat tempahan khas seakan-akan nama keduanya ‘Usaini’ (VS54171).

hael husaini vellfirehael husaini vellfire

Beruntungnya Hael kerana segala penat lelahnya dihargai. Tahniah dan semoga terus sukses serta mencipta lagi karya-karya yang berkualiti.

Sumber Berita  : Astro Gempak & Anne Farina

Kredit Foto : Alif Shah Jamil

October 30th, 2017

Nasib pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad semalam kurang baik apabila beliau memberitahu kereta jenis Toyota Vellfire warna putih dengan nombor pendaftaran JRP 46 miliknya hilang, ketika menghadiri konsert tadika anaknya, Naira Mikayla semalam.

Kereta hilang semasa saya sekeluarga menghadiri konsert anjuran sekolah anak. Apabila mahu pulang ke rumah dalam pukul 2 petang, kereta yang saya parkir di luar kawasan sekolah sudah hilang.

Terkejut dan tak sangka kereta saya menjadi sasaran pencuri.  Satu laporan polis telah dibuat dan semoga kereta saya ditemui semula dalam keadaan baik.

Bersabarlah Nabil, mungkin ini salah satu ujian Allah SWT buat anda. Semoga kereta Nabil dapat ditemui semula.

Sumber Berita : mStar Online

June 18th, 2017

Pelakon Fizz Fairuz membuat satu kejutan istimewa apabila menghadiahkan isterinya, Almy Nadia sebuah kereta Toyota Vellfire.

Menerusi akaun Instagram Almy, beliau ada memuat naik foto kereta tersebut dengan kapsyen ucapan terima kasih kepada Fizz yang selama ini sudah berusaha dengan begitu keras untuk kejutan tersebut.

Encik suami buat kejutan hari ini, katanya kereta sewa tapi tengok nombor plat…, katanya hadiah hari jadi kerana sepatutnya keluar pada hari jadi saya. Usaha keras encik suami beberapa tahun. Thank you sayang.

Bertuah betul Almy Nadia, mungkin ini salah satu cara Fizz untuk menghargai segala pengorbanan Almy sebagai isteri yang sudah melahirkan dua orang cahaya mata mereka. Nampaknya hari raya tahun ini dapatlah mereka melaram dengan kereta baru yang mewah ini. Hehe