Written by Bella | December 19th, 2016

Kebiasaannya, mereka yang terlibat didalam dunia hiburan khususnya kaum wanita haruslah tampil seksi, bergaya dan anggun. Kata orang, itulah caranya untuk kekal didalam dunia penuh glamor dan menarik perhatian ramai.

Namun, penampilan bersahaja pelakon Janna Nick cukup berbeza sekali. Janna selalu mengenakan baju T-Shirt, berseluar jeans,  tidak memakai kasut tumit tinggi dan berambut pendek. Malah, beliau juga jarang  mengenakan solekan.

Gara-gara penampilannya itu , ada yang melabelkan beliau sebagai “tomboy” dan timbul juga gosip mengarut mengatakan beliau menjalinkan hubungan sejenis sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Janna tidak peduli dengan percakapan orang dan selesa menjadi dirinya sendiri.

Saya jenis tidak kisah orang cakap saya selekeh atau serabai. Kalau kawan-kawan yang sudah kenal saya lama, imej berambut pendek inilah diri sebenar saya.

Sebagai artis saya kena ada identiti sendiri. Masa baru menapak dalam industri lakonan dulu, memang saya kena menyimpan rambut panjang demi memenuhi kehendak penerbit-penerbit drama. Namun, bila sudah ada nama saya fikir tiada masalah untuk saya berambut pendek. Lagipun saya selesa dengan imej begini.

Kami rasa Janna Nick mempunyai pendirian beliau sendiri dan enggan hipokrit. Terus-terang, walaupun tanpa solekan, Janna tetap tampak manis dan cantik.

Sumber Berita : Kosmo!