Written by AbangNara | September 29th, 2017

Memang lama tak dengar perkembangan terkini pelakon jelita Maya Karin. Sepi tanpa sebarang berita. Kelibatnya di dalam majlis-majlis hiburan pun memang tidak kelihtan langsung. Setelah sekian lama menghilang, Maya Karin kini kembali bergandingan dengan Remy Ishak di dalam teater Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka. Menariknya, Maya Karin memaklumkan ketidakhadirannya di dalam majlis-majlis hiburan tanah air adalah kerana sudah berasa bosan dengan kehidupan dunia glamor sebagai selebriti.

maya karin

Bagi Maya Karin, kehidupan sebagai seorang selebriti yang dipenuhi glamor tidak mencerminkan dirinya yang sebenar. Maya Karin merasakan itu semua sebagai satu bebanan kerana dirinya yang sebenar adalah seorang yang ringkas dan gemar melakukan aktiviti lasak. Kata Maya Karin:-

Pada sesetengah orang bangun pagi dan bersiap untuk kelihatan cantik adalah perkara menyeronokkan tetapi pada saya ia macam terpaksa. Saya sebenarnya bosan dengan glamor kerana saya lebih gemar lepak di kedai mamak, berkebun atau melakukan aktiviti lasak tanpa perlu saya kelihatan cantik pun! Pendek kata saya lebih gemar menjalani kehidupan biasa seperti orang lain walaupun saya adalah selebriti.

Dulu memang banyak jemputan untuk pelbagai acara tetapi kerana sudah banyak kali saya tolak mereka pun sudah bosan. Sekarang tidak ada jemputan mungkin kerana mereka dah malas nak jemput saya.

maya karin

Selebriti sepopular dan segah Maya Karin memang tidak perlu untuk melibatkan diri di dalam dunia glamor. Sebut nama pun orang dah kenal. Tak pergi mana-mana acara hiburan pun tak apa sebab sudah ada nama. Namun artis-artis baharu janganlah pula meniru apa yang dilakukan oleh Maya. Beliau berada di kelas tersendiri dan boleh melakukan mengikut kehendak hatinya. Apa pun, secara jujurnya memang sukar untuk hidup di dalam dunia glamor dengan setiap tingkah laku kita diperhatikan. Lagi senang jadi manusia biasa. Makan kedai mamak pakai baju tidur pun tak ada orang nak tegur. Memang indah dunia orang biasa kan? Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | July 9th, 2014

Kemenangan 7-1 German ke atas Brazil sememangnya sangat mengejutkan. Abang Nara bangun sahur tengok-tengok Brazil dah kena titik 5-0. Ingatkan mimpi, rupanya realiti. Pasti kesemua peminat German bergembira dengan keputusan ini terutamanya Maya Karin yang di dalam badannya mengalir darah negara tersebut.

maya karin german

Apa yang lebih menarik ialah sebelum perlawanan Brazil menentang German bermula, Maya Karin telah berkongsi gambar dirinya memakai jersi German sambil memegang masakan ‘samba’l ketam. Pastinya keenakan lebih terasa ketika mengunyah ketam itu tatkala samba Brazil diayamkan oleh pasukan Germany. Hehehe.

maya karin german

Diharap pada perlawanan akhir nanti, Maya Karin akan berkongsi gambar masakan yang bersesuaian dengan pasukan yang bakal ditemui oleh German nanti. Buat penyokong Brazil, terimalah kekalahan ini seadanya. Boleh gunakan alasan ketiadaan Neymar dan Thiago Silva untuk menutup malu anda. Kepada penyokong German, selamat bergembira!!!

P.S: Kitab Yasin terselamat walaupun rumah hangus dijilat api

Written by AbangNara | June 6th, 2013

Maaf agak terlambat berkongsi gambar-gambar si cantik Maya Karin ketika majlis pelancaran lagu terbarunya yang bertajuk Bintang Syurga. Maya Karin kini berada di bawah naungan Warner Music Malaysia untuk sebarang aktiviti nyanyiannya. Untuk anda yang tidak tahu, Maya Karin sebelum ini pernah menyanyikan lagu “Sinar Ini” bersama Yasin.

maya karin

Semoga karier nyanyian Maya Karin akan terus berkembang di masa hadapan. Diharap Maya tidak mengabaikan bidang lakonan kerana pastinya ramai peminat yang merindui kemunculan Maya di layar filem terutamanya. Lagi 6 keping gambar terbaru Maya Karin dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.
maya karinP.S: Ephyra ternyata berkesan seawal 10 hari untuk masalah kulit berjerawat, jeragat dan tona tidak sekata. Ephyra juga menggunakan kolagen ikan laut dalam terhidrolisis dari Perancis, Ikan laut dalam bebas pencemaran laut sekaligus mengelakkan kolagen tidak terhidrolisis mendap di buah pinggang dan membahayakan kesihatan. Untuk SPECIAL PRICE, hubungi 019-3999-238 atau PM di Facebook OceanLife2U.

 
Written by AbangNara | October 23rd, 2012

Yes ~~~ Peluang masih ada buat anda yang meminati Maya Karin. Si cantik manis ini menafikan yang dirinya bercinta dengan pemilik Lotus menerusi Kosmo hari ini. Spekulasi tersebut timbul selepas Maya Karin berkongsi gambar dirinya di dalam garaj pasukan Lotus, Formula One di Singapura baru-baru ini.
maya karin lotus
Maya Karin memberitahu yang dirinya dapat bergambar di tempat ekslusif tersebut kerana pemilik Lotus tersebut adalah kawannya. Mereka sekadar kenalan biasa dan tidak bercinta. Kata Maya Karin:-

Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ. Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta. Apa yang pasti, saya ramai kawan

maya karin
Untunglah Maya Karin ada kawan sehebat pemilik Lotus. Kalau Abang Nara ada kawan sebegitu, pasti akan minta peluang masuk ke dalam garaj Formula One. Peluang sekali seumur hidup kot. Apa pun Maya Karin turut berkongsi info yang dia sudah menolak 10 tawaran berlakon filem selepas Ombak Rindu.

Saya memang selektif dan selepas Ombak Rindu, saya telah menolak lebih 10 tawaran berlakon filem daripada pelbagai produksi. Pada tahun 2010, saya hanya muncul dalam satu filem sahaja iaitu Magika, itu pun untuk tiga minit sahaja, saya tidak kisah semua itu. Saya ada ditawarkan watak ala-ala seperti karakter bohsia, hanya tampil untuk cakap ‘hello-hello’, selepas itu habis begitu sahaja. Tiada gunanya kalau macam itu sahaja. Saya mahu penonton puas walaupun hanya muncul selama tiga minit.

Betul juga tue. Nampaknya Maya Karin memang selektif sungguh dalam memilih watak lakonannya. Itu satu perkara yang bagus untuk menjaga nilai ekslusif. Apa pun semoga Maya Karin akan terus berjaya di masa hadapan. Dan good luck untuk aktiviti mendaki gunung anda!!!.