October 6th, 2019

Memiliki seutas jam tangan pintar (smartwatch) sudah menjadi satu keperluan di zaman serba moden ini. Antara yang boleh dilakukan dengan seutas smartwatch ialah memeriksa degupan jantung, memantau kualiti tidur, membaca mesej yang dihantar ke telefon, serta mengira pembakaran kalori ketika bersenam. Sekiranya anda bercadang untuk menjadi seorang pemilik smartwatch, pilihan TERBAIK di pasaran sekarang tidak lain tidak bukan ialah HUAWEI GT 2.

huawei gt 2

Apa yang hebat sangat tentang HUAWEI GT 2 ini sehingga ia dianggap sebagai pilihan TERBAIK untuk mereka yang ingin menggunakan seutas jam tangan pintar? Ha, jom baca!!!

Bateri mampu bertahan selama 2 minggu

huawei gt 2

Salah satu kelemahan smartwatch yang menjengkelkan para penggunanya ialah terpaksa melakukan pengecasan setiap hari kerana bateri yang tidak mampu bertahan lama. Dengan HUAWEI GT2, anda dah tak perlu risau lagi tentang masalah ini. Ini kerana HUAWEI GT 2 mampu bertahan selama 2 minggu walaupun anda menghidupkan fungsi “heart rate monitoring” dan bersenam selama 90 minit setiap minggu. Bateri yang tahan lama ini berjaya diperolehi kerana HUAWEI GT 2 dijana dengan Kirin A1, rekaan chipset berganda (double chipset architecture ) dan teknologi penjimatan tenaga yang terkini.

huawei gt 2

Pilihan rekaan yang memukau

huawei gt 2

Mempunyai 2 pilihan saiz iaitu dan 42mm, HUAWEI GT 2 direka secara minimalist dan mempunyai rekaan ultra slim beserta paparan melengkung yang dijana dengan skrin 1.39 inci AMOLED. Ada 3 edisi untuk dipilih iaitu Sports Edition, Classic Edition dan Elite Edition, berat jam tangan pintar ini hanya 29 gram sahaja. Rekaannya semua cantik-cantik belaka. Sekali tengok, memang jatuh cinta terus.
huawei gt 2

Sports Mode & Pemantau Kesihatan Anda

huawei gt 2

Sekiranya anda seorang yang suka bersenam dan mementingkan kesihatan, maka HUAWEI GT 2 adalah jam tangan pintar yang wajib anda miliki. Anda boleh memantau degupan jantung, kualiti tidur, tekanan serta stress dan memberikan anda peringatan untuk bersenam selepas seharian duduk di kerusi pejabat. Selain itu anda juga boleh berenang bersama HUAWEI GT 2 dan ia akan mengira jarak, jumlah stroke, membaca posisi renangan anda dan banyak lagi. Untuk makluman, HUAWEI GT 2 adalah kalis air dan kalis debu. Hebat kan?

huawei gt 2

Pembantu Peribadi Harian Anda

huawei gt 2

Dengan kecanggihan teknologi Bluetooth di dalamnya, HUAWEI GT 2 membolehkan anda menjawab panggilan telefon ketika anda sedang melakukan apa jua aktiviti. Selain itu anda juga boleh mendengar muzik melaluinya, mengetahui status cuaca terkini, membaca mesej dan macam-macam lagilah. Senang kata, HUAWEI GT 2 ini adalah jam tangan yang pasti akan membuatkan hidup seharian anda menjadi lebih mudah.

huawei gt 2

Ini Peluang Anda Untuk Miliki HUAWEI GT 2

huawei gt 2

Bersempena dengan pelancarannya di Malaysia, HUAWEI telah berbesar hati untuk memberikan pembaca BeautifulNara peluang untuk mencuba kehebatan HUAWEI GT 2 ini. Anda hanya perlu pergi ke pautan Facebook di bawah dan berikan komen “#HuaweiWatchGT2MY adalah smart watch terbaik di pasaran kerana… “. 2 pembaca bertuah yang terpilih akan berpeluang menggunakan Huawei Watch GT 2 selama 4 hari dan merakamkan/berkongsi aktiviti harian mereka di instagram masing-masing. Salah seorang daripada mereka yang memulangkan jam Huawei Watch GT 2 selepas 4 hari dengan baki bateri yang tertinggi akan dipilih sebagai pemenang dan akan menjadi pemilik seutas HUAWEI Watch GT 2!

Jadi tunggu apa lagi? Inilah peluang keemasan untuk anda bergaya dengan HUAWEI GT 2 yang penuh dengan ciri-ciri menarik dan rekaan yang awesome. Maklumat lanjut layari https://consumer.huawei.com/en/wearables/watch-gt2/

August 2nd, 2019

BERITA PENTING, BERITA PENTING, BERITA PENTING. Hujung minggu ini adalah peluang terakhir anda untuk memenangi sebuah kereta Mercedez Benz dengan hanya melakukan 3 langkah mudah di laman web HUAWEI Karnival atau mana-mana outlets HUAWEI yang menyertai karnival ini.

huawei karnival

Hadiah-hadiah best di HUAWEI Karnival

Selain membawa pulang “Mercedes GLA200 Night Edition” yang bernilai hampir RM250,000 sebagai hadiah utama, ada 100 unit “E-Bike Orbit” untuk 100 pemenang dan 400 unit “Electric Scooter Starlight” turut menanti mereka yang menyertai pertandingan “Lucky Draw” khusus untuk mereka yang membuat sebarang produk HUAWEI yang tersenarai di dalam HUAWEI Karnival ini. Pemenang akan diumumkan di Facebook HUAWEI pada 30 Ogos ini.

Cara Nak Menang

Ok jom kita tengok langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menyertai pertandingan ini:-

1. Beli apa-apa produk HUAWEI yang terpilih sebelum 4 Ogos 2019
2. Sertai contest “Lucky Draw” dengan mengepilkan resit pembelian anda
3.Tingkatkan lagi peluang kemenangan dengan beli lagi produk HUAWEI

huawei karnival

Apa itu HUAWEI Karnival?

Untuk makluman, HUAWEI Karnival ini telah bermula sejak 27 Julai (Sabtu) yang lalu dan bakal berakhir pada hari Ahad ini bersamaan dengan 4 Ogos 2019. Sepanjang karnival ini berlangsung, pelbagai hadiah premium, diskaun, tawaran ekslusif dan kejutan bernilai sehingga RM1 juta menanti anda di laman web Huawei Karnival. Sebagai contoh, telefon pintar terbaru iaitu HUAWEI Y9 Prime 2019 telah pun dilancarkan serentak dengan pelancaran karnival ini.

HUAWEI Y9 Prime 2019

huawei karnival

Dengan harga serendah RM899, HUAWEI Y9 Prime 2019 ini telah menjadi pilihan para pengunjung HUAWEI Karnival kerana spesifikasinya yang sangat mantap dan berbaloi pada harga mampu milik. Antara ciri-ciri HUAWEI Y9 Prime 2019 yang mencuri tumpuan ialah kehadiran “ Auto pop-up camera”, bateri tahan lama dengan kuasa 4000 mAh, skrin sebesar 6.59 inci, ruang storan luas dengan 4GB RAM serta 128GB ROM dan juga “triple kamera” untuk kualiti gambar lebih awesome.

huawei karnival

“Spin & Win” dan “Draw Dip”

Selain daripada peraduan “Lucky Draw” ini, anda juga juga boleh memenangi hadiah-hadiah best menerusi acara “Spin & Win” atau “Draw Dip” dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:-

1. Pergi ke kedai HUAWEI berhampiran yang turut serta dalam HUAWEI Karnival ini
2. Beli mana-mana produk HUAWEI terpilih dan dapatkan resit sebagai bukti pembelian
3. Tunjukkan resit dan cuba nasib anda dalam “Spin & Win” dan “Draw Dip” ini.

Selain itu, anda juga boleh redeem hadiah premium selepas membeli produk HUAWEI terpilih dengan pergi ke 30 lokasi yang tersenarai di https://shop.huawei.com/my/notice-353. Dah ramai dah pembeli yang redeem, jadi anda pun jangan lepaskan peluang keemasan ini. Hadiahnya pun best-best belaka.

Harga Baru Untuk Smartphone HUAWEI

Best kan? Ada satu lagi benda best bersempena dengan HUAWEI Karnival kali ini iaitu pengumuman harga baru untuk HUAWEI P30 Pro, Mate 20 Pro, Mate 20 X, nova 4e dan Y7 Pro 2019. Lebih murah, lebih mampu milik dan lebih memberikan ganjaran buat para pengguna setia HUAWEI. Ini memang masa terbaik untuk anda angkut satu smartphone HUAWEI untuk digunakan.

huawei karnival

Last but not least, untuk mereka yang telah membeli HUAWEI Y9 Prime 2019 akan turut boleh menebus ganjaran ekslusif daripada pelbagai rakan kongsi HUAWEI menerusi HUAWEI Members Centre. Anda boleh muatturun applikasi ini menerusi HUAWEI AppGallery dan terus nikmati ganjaran anda. Barulah kita pun rasa special macam pengguna-pengguna HUAWEI yang lain kan?

huawei karnival

Tarikh Akhir 4 Ogos Ini, CEPAT!!!

Jadi tunggu apa lagi? Pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan yang datang sekali seumur hidup ini dengan bersegera menyertai peraduan “Lucky Draw” di HUAWEI Karnival ini. Ingat tarikh akhir anda kena buat pembelian adalah pada 2 Ogos (Ahad) ini. Boleh beli secara online di laman web HUAWEI Karnival atau pergi sahaja mana-mana kedai/cawangan yang menyertai karnival ini. Untuk maklumat lanjut, sila ke kedai HUAWEI berhampiran anda atau telefon HUAWEI servis hotline di 1800 22 0086. Selamat mencuba dan semoga murah rezeki anda.