Written by AbangNara | August 8th, 2012

Rezeki bulan Ramadhan nampaknya apabila Faezah Elai hari ini mengumumkan yang dirinya sudah pun mengandung. Untuk makluman, Faezah Elai telah berkahwin dengan Heykal Hanafiah kira-kira setahun yang lepas. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Faezah Elai dan suami.

faezah elai mengandung hamil

Buat masa ini tidak ada info lanjut yang dikongsikan oleh Faezah Elai mengenai kehamilannya. Diharap Faezah Elai dapat menjaga dirinya daripada melakukan aktiviti lasak. Tahniah sekali lagi kepada pasangan suami isteri ini.

Written by AbangNara | August 3rd, 2012

Faezah Elai yang turut hadir ke majlis berbuka puasa Astro baru-baru ini tetap nampak cantik walaupun hanya memakai baju kurung biru sahaja. Benarlah kata orang, kalau dah cantik tue, pakai apa pun cantik jugak. Patutlah wife Abang Nara selalu kata Abang Nara hadnsome walaupun hanya memakai singlet di rumah.

faezah elai

Tahun ini juga merupakan tahun pertama Faezah Elai berpuasa dan berhari raya sebagai seorang isteri. Semoga segalanya dilancarkan untuk Faezah Elai. Pasti Faezah teruja bangun pagi untuk memasak sahur buat suaminya. 3 lagi gambar Faezah Elai di majlis berbuka puasa Astro dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Adakah asteroid aphophis akan menghentam bumi pada tahun 2036?