December 8th, 2015

1 Oktober yang lalu adalah hari kehadiran cahaya mata sulung buat Erin Malek dan suaminya, Farriz Fauzy. Si comel ini dinamakan Mohamed Faliq. Sekejap sahaja masa berlalu dan kini Faliq telah pun berusia 2 bulan. Baru-baru ini telah diadakan majlis akikah untuk permata hati pasangan suami isteri ini. Memang comel anaknya!!!

gambar anak erin malek

Semoga Mohamed Faliq membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang soleh serta berbakti kepada kedua orang tua apabila dewasa kelak. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar anak erin malek

gambar anak erin malek

gambar anak erin malek

gambar anak erin malek

gambar anak erin malek

May 11th, 2015

Orang Melayu satu kebiasaan yang sebenarnya agak menjengkelkan. Bila seseorang itu tak kahwin, soalan yang sering diterima ialah, bila nak kahwin? Bila seseorang itu dah kahwin, soalan seterusnya ialah bila nak ada anak? Bila dah ada anak sorang, soalan selanjutnya ialah bila nak tambah lagi sorang? Terbaru bolehlah kita tambah di dalam soalan wajib ini ialah apabila disahkan hamil kembar, terus akan ada soalan/dakwaan “kau pergi buat rawatan kesuburan ek?”.

erin malek

Senang cerita sesetengah orang Melayu ini tak boleh duduk senang tengok orang lain. Mengandung salah, tak mengandung salah, mengandung kembar pun salah jugak. Itulah yang terjadi kepada Erin Malek yang kini sedang hamil anak kembar. Dirinya dituduh menjalani rawatan kesuburan di akaun sosial Instagram semata-mata kerana dimurahkan rezeki bakal menimang 2 cahaya mata sekaligus. Kata Erin:-

Perkahwinan kami masih baharu, jadi tidak perlu rasanya saya melakukan rawatan kesuburan untuk membolehkan kami segera menimang cahaya mata. Saya agak terkejut apabila cerita sebegitu, lagipun kedua-dua belah pihak keluarga memang ada gen kembar.

Saya sebenarnya tidak suka melayan komen negatif begini. Suami juga menasihatkan supaya tidak ambil pusing sangat kerana jika dilayan ia akan menjadi-jadi. Apa yang saya buat ialah buang dan kemudian sekat mereka yang membawa aura negatif daripada terus mengikuti laman Instagram saya.

erin malek
Sian kan? Di kesempatan ini Abang Nara mahu mengajak pembaca BeautifulNara agak membuang rasa dengki, geram, cemburu dan hasad kepada kehidupan orang lain. Kadangkala memang orang lain dimurahkan rezeki olehNya. Tak perlulah buat tuduhan pelik-pelik. Apa kata kita tumpang gembira dengan hidup orang lain? Sudah pasti hidup kita pun lebih tenang, tak ada simpan perasaan benci dalam hati. Tak gitu?

P.S: Ibu dukung anak lumpuh ke sekolah setiap hari

November 6th, 2014

Akhirnya setelah sekian lama berdiam diri, Erin Malek tampil menjawab isu gambar dirinya di kelab malam yang telah tersebar sehari sebelum pernikahannya dengan Farriz Fauzy. Menurut pelakon berusia 20 tahun ini, gambar-gambar tersebut adalah peristiwa yang sudah berlalu dan tidak perlu diungkit kembali. Yang penting dirinya kini sudah pun selamat bergelar seorang isteri.
erin malekErin Malek meminta agar perkara ini tidak lagi dipanjangkan, ditutup terus dan tidak dibicarakan lagi. Kata Erin menerusi Mstar Online:-

Benda itu sudah berlalu dan saya tidak mahu komen panjang. Yang penting, suami, keluarga mertua termasuklah keluarga saya sendiri tahu mengenai perkara tersebut

erin malek

Abang Nara bersetuju dengan kata-kata Erin Malek. Benda yang lepas jangan dikenang lebih-lebih lagi jika ia adalah benda yang kurang elok. Lebih penting untuk mempersiapkan diri menghadapi masa depan. Pedulikanlah semua kontroversi lama. Semoga selepas bergelar isteri, tiada lagi gambar-gambar Erin Malek yang kurang manis akan tersebar. Jadilah seorang isteri yang menjaga maruah suaminya. Amboi. Apa pula pendapat anda?

P.S: 12 baka kucing yang terbaik

October 29th, 2014

Seronoknya melihat kebahagiaan yang jelas terpancar di wajah Erin Malek dan suaminya, Farriz Fauzy. Setelah selesai dengan majlis perkahwinan, mereka berdua kini berada di Los Angeles untuk berbulan madu di sana. Banyak tempat-tempat menarik yang telah dijelajahi oleh Erin dan Farriz. Jeles pun ada jugak melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Erin Malek. Bilalah Abang Nara nak sampai sana. Huhuhu.

erin malek

Semoga bulan madu Erin dan Farriz akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri mereka berdua. Mana tahu balik nanti ada berita baik mengenai kehadiran orang ketiga. Tak gitu? Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
bin kareem jubahP.S: Smart sangat-sangat jubah Bin Qareem nie. Kalau pakai memang terserlah kemachoan anda. Belikanlah untuk suami tercinta. Sekali sekala bagi hadiah macam ini, pasti si suami tersenyum girang. Banyak lagi pilihan yang ada di www.familynara.com. Silalah tengok.

erin malek
erin malek
erin malek
erin malek
erin malek
erin malek
erin malek
erin malek
erin malek