June 15th, 2016

Penyanyi dan pelakon Awie mengaku tidak pernah memberi wang untuk perbelanjaan dua anaknya yang kini di bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, dia tidak memberikan wang kerana tidak melihat sendiri anaknya sejak dilarikan Rozana dua tahun lalu.

Menjawab soalan peguam Nor Afandi Dahari yang mewakili Rozana, 38, dalam perbicaraan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan semalam, Awie menjelaskan, dia menanggung penuh perbelanjaan keluarganya sepanjang tempoh perkahwinan dengan pendapatan lebih kurang RM40,000 sebulan.

Ditanya Afandi adakah Awie mempunyai usaha untuk menjenguk anaknya yang berada di bawah jagaan Rozana, Awie berkata, dia tidak pernah pergi ke rumah tempat tinggal Rozana dan anak-anaknya.
awieMenjelaskan lebih lanjut, Awie mendakwa rumah yang dihuni mereka berpuaka dan ada banyak ‘setan’ maka dia tidak pergi ke sana menjenguk anak-anak.

Selain itu, Awie menambah, dia tidak cuba pergi ke kediaman keluarga Rozana kerana keluarga Rozana tidak menyukainya dan pernah dimaki hamun seolah-olah tiada langsung kebaikan dalam dirinya.

Saya tunggu hari demi hari, bicara demi bicara. Saya harap dapat jumpa anak-anak saya kembali,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal semula peguamnya Mohd Syafiq Norizan, Awie berkata, dia sentiasa bersedia membelikan barangan keperluan anaknya dengan membawa dua kanak-kanak tersebut keluar membeli-belah bersama.

Melalui tuntutan nafkah anak yang difailkan Rozana pada 5 November tahun lalu, Rozana menuntut perbelanjaan makan dan minum serta kelengkapan diri berjumlah RM3,000, kos tempat tinggal (RM1,500) dan bayaran pembantu rumah untuk Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.
awie
Rozana juga menuntut RM2,000 setiap tiga bulan untuk pembelian pakaian, RM1,500 bagi perbelanjaan persiapan persekolahan dan RM3,000 untuk persiapan pakaian sempena perayaan.

Tuntutan dibuat mengikut Seksyen 73, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Sementara itu, pada prosiding sama, pengurus peribadi Awie, Ahmad Fahizad Mohd Idris, 37, yang dipanggil sebagai saksi defendan dalam keterangannya berkata, selain menguruskan jadual kerja Awie, dia juga sedikit sebanyak menguruskan rumah dan perbelanjaan keluarga itu.
awie
Menjawab soalan Mohd Syafiq, Fahizad berkata, Rozana tidak amanah dalam menguruskan perbelanjaan keluarga kerana membelanjakan wang yang diperuntukkan untuk keluarga untuk kepentingan sendiri dengan membeli pelbagai barangan termasuk beg tangan dan kasut.

Ahmad Fahizad berkata, Awie telah membayar nafkah anak sementara sebanyak RM1,600 bermula Mei lalu seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah bulan lepas.

Hakim Syarie Che Saupi Che Hassan kemudian menetapkan 15 Ogos ini untuk keputusan. Sumber Sinar Harian.

awie

P.S: Nak mendirikan masjid lepas Aidilfitri nanti? Abadikan detik indah tersebut dengan mendapatkan jurugambar terbaik yang pernah Abang Nara ketahui iaitu Ryaniez Moments Photography. Tempah sekarang untuk dapatkan harga promosi sempena bulan Ramadhan. Profesional, album siap on time, harga berpatutan, tak berkira, mesra dan mudah dirunding. Confirm puas hati punya. Maklumat lanjut mesej/telefon/Whatsapp ke 016-5564408 atau boleh PM di Facebook Ryaniez Moments Photography.