Written by AbangNara | July 24th, 2012

Semenjak sudah berkahwin ini, semakin kurang berita yang Abang Nara dengar tentang Ana Raffali. Mungkin Ana sedang mengurangkan aktiviti nyanyianya untuk memberikan lebih tumpuan kepada kehidupan sebagai seorang isteri. Itu sebenarnya satu langkah yang amat bagus. Lagi-lagi ini adalah kali pertama Ana Raffali berpuasa dengan seorang suami.

ana rafali baru

Rasanya ramai peminat Ana Raffali yang rindukan buah tangan terbaru daripadanya. Kemungkinan besar Ana sedang sibuk mencari material baru untuk album barunya nanti. Sama-samalah kita nantikan. Selain itu Abang Nara doakan agar Ana dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Pasti Ana pun dah tak sabar-sabar untuk bergelar seorang ibu kan?

ana rafali baru

6 lagi gambar Ana Raffali yang diambil daripada Twitter Ana Raffali dengan membaca entri ini sepenuhnya.

ana rafali

P.S: Teringin nak buat website tapi tak berapa pandai? Teringin nak ada website tapi harga pasaran terlalu mahal? Jangan risau sebab Abang Nara telah wujudkan perkhidmatan membuat website dengan harga yang sangat berpatutan. Namun promosi ini hanya untuk bulan Ramadhan ini. Tempah sekarang di www.cara.com.my/beautifulnara untuk kepuasan yang dijamin 100%.

 
Written by AbangNara | January 14th, 2011

Masihkan anda ingat tentang isu nama Andy Flop Poppy dalam Facebook Ana Raffali yang sekejap ada sekejap tak ada? Macam chipsmore la pulak kan. Kalau tak ingat, sila baca entri ini. Akhirnya Ana Raffali sudah pun buat penjelasan tentang isu ini.

[note]Pada awalnya pengurusan Kelab Peminat Facebook saya memadam nama Andy sebab tidak mahu berlaku kontroversi apabila Andy yang turut menjadi pengadil AJL25 tersenarai sebagai salah seorang dari ahli kumpulan saya.

Sudah tentu peminat akan membuat spekulasi kononnya Andy akan melakukan keputusan yang berat sebelah untuk memilih saya menang dalam AJL25 kerana dia merupakan anggota kumpulan yang turut disertai oleh saya sendiri.

Tapi setelah saya fikir beberapa kali, agak tidak adil saya memadamkan nama Andy yang sememangnya ahli kumpulan The Marhaen kerana saya merasakan dia melaksanakan tugasnya sebagai juri atas dasar profesionalismenya. [/note]

Amik kau panjang lebar Ana Raffali punya penerangan. Harap semua orang berpuas hati dengan penjelasan dari Ana Raffali. Kalau tak puas hati jugak, tak tahu lah kami nak cakap apa. Pengajarannya, next time pihak AJL haruslah mengambil kira bab-bab ini bila nak pilih juri untuk sesebuah pertandingan. Kredit berita kepada Mstar.