Written by Bella | July 28th, 2015

Sejak mengakui dirinya kini sedang bercinta dan mengenali hati budi seseorang, kisah percintaan Erra Fazira kini sering menjadi tumpuan ramai. Tidak mahu mendedahkan identiti kekasihnya itu, ada peminat mula bertanya status sebenar hubungan mereka kini.

Beberapa spekulasi mula tercetus dan ada yang mendakwa kekasih Erra lebih muda daripada dirinya. Namun, buat Erra beliau akan menerima jodohnya dengan sesiapa pun tidak kisah jika mereka lebih muda atau berusia daripadanya.

Apa yang Erra harapkan ialah agar peminat terus mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Tidakkah soal jodoh itu di tangan Tuhan. Lihat sahaja bagaimana Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang berbeza peringkat usia tetapi kini sedang mengecapi bahagia. Sejarah Islam sendiri melihat bagaimana Rasulullah SAW berkahwin dengan isteri pertamanya Siti Khadijah yang lebih berusia.

Usia itu bersifat subjektif. Pokok pangkalnya sekarang, doakan yang terbaik untuk saya. Andai ditakdirkan bercinta dengan lelaki mdua sekali pun, saya tak mampu melawan kehendak takdir.

Jodoh ketentuan semua ketentuanNya, jarak umur  bukanlah satu isu yang besar dalam perhubungan asalkan kedua-dua mereka menyayangi diantara satu sama lain dan mampu untuk memahami luar dalam pasangan. Semoga Erra Fazira dijodohkan dengan lelaki yang baik untuk dirinya dan kali ini biarlah ia berkekalan sehingga ke akhirnya.

Sumber Berita: BH PLUS

Written by Bella | May 21st, 2015

Mengakui sudah mempunyai seseorang yang istimewa, Erra Fazira bagaimanapun sehingga hari ini enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu dan membuatkan beberapa pihak khusus peminat beliau terus tertanya-tanya. Buat Erra beliau sebenarnya mempunyai alasan tertentu untuk tidak terlalu membicarakan soal percintaan kepada umum.

Memegang status sebagai seorang janda dan ibu tunggal membuatkan Erra merasa tidak manis untuk mencanang kisah cinta beliau selain khuatir ada pihak yang memanipulasikan kenyataan beliau mengenai perkara tersebut.

Tidak molek rasanya dengan status dan usia saya sekarang untuk mencanang soal percintaan tambahan pula saya pihak wanita.Saya juga bimbang sekiranya keluar pelbagai kenyataan ia akan memakan diri sendiri sekiranya ada apa-apa berlaku nanti.

Keputusan Erra untuk mendedahkan beliau sedang bercinta adalah kerana ingin menutup gosip serta khabar angin yang mengaitkan dirinya bersama beberapa lelaki dan golongan VVIP.

Sebelum ini saya sering dikaitkan dengan pelbagai individu dan ia menimbulkan banyak salah faham walaupun ia tidak benar.Penjelasan mengenai dengan siapa saya sedang berkawan sebenarnya dapat menghentikan segala spekulasi.

Erra Fazira pernah mendirikan rumah tangga bersama salah seorang anggota kumpulan popular KRU iaitu Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 sebelum bercerai  pada tahun 2006.

Kemudian beliau bertemu jodoh dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 25 Oktoer 2007 tetapi rumah tangga yang mereka bina roboh di tengah jalan dan disahkan bercerai pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya yang kini sudah berusia 6 tahun.

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | March 5th, 2015

Akhirnya setelah sekian lama berdiam diri, primadona Malaysia, Erra Fazira membuat pengakuan yang hatinya kini sudah pun dimiliki oleh seseorang. Namun hubungan Erra dan lelaki bertuah itu masih lagi dalam fasa mengenali hati budi. Pengakuan ini sekaligus menutup spekulasi hubungan Erra dan Awie yang diharapkan oleh para peminat.

erra fazira Kata Erra menerusi Harian Metro hari ini:-

Iya, saya mengaku sedang berkawan dengan seseorang. Siapakah dia biarlah rahsia. Saya membuat pengakuan ini kerana saya mahu hentikan cakap-cakap orang yang suka mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki. Buat masa ini biarlah saya rahsiakan identitinya dulu kerana kami sedang dalam proses mengenali antara satu sama lain. Selanjutnya biarlah keadaan dan masa yang menentukannya.

erra fazira Sebelum ini ada desas-desus Erra Fazira berkawan dengan golongan VVIP namun telah dinafikan oleh pelakon tersebut. Satu masa nanti pasti Erra akan bersedia untuk berkongsi identiti lelaki bertuah itu. Buat masa ini, kita doakanlah sahaja yang terbaik untuk Erra. Semoga satu hari nanti akan kembali bergelar isteri dengan lelaki yang dicintainya. Amin.