Written by serenity | September 28th, 2015

Pelakon kacak dan sado Nazim Othman melalui akaun Instagramnya memberitahu dia sudi berlakon secara percuma untuk projek filem pelajar universiti. Nazim menulis:


 photo 1598857_1660903840845642_432987172_n.jpg

Para pelajar. Sekiranya anda mempunyai projek filem pendek dan mencari pelakon, saya di sini untuk membantu. Sekiranya idea skrip anda segar, unik, lain dari yang lain dan memberi mesej yang kuat, saya akan berlakon secara percuma. Sila hantar sinopsis/skrip ke [email protected]


 photo nazim.jpg

Dalam perkembangan lain, Nazim akan muncul dengan siri drama arahan Erma Fatima sebagai seorang juruterbang tidak lama lagi. Itu adalah sebab mengapa Nazim dilihat sering memuat naik gambar dirinya mengenakan seragam juruterbang di akaun Instagram.

Sememangnya apa yang dilakukan oleh Nazim ini sesuatu yang boleh dipuji. Mana-mana pelajar yang hendak melihat filem pendek mereka dilakonkan oleh Nazim silalah hantar e-mel segera.

Sekurang-kurangnya anda ada sesuatu untuk dikenang setelah menamatkan pengajian nanti.

Panggung Seni Tradisional 2015 meneruskan langkahnya lagi, kali ini menampilkan kelainan dengan persembahan Opera Cina "…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 27 September 2015