August 10th, 2020

Mengakui sering diajukan soalan mengenai zuriat biarpun baru sahaja berumah tangga sekitar Februari lalu, pelakon Tasha Shilla akui tidak tertekan apabila diasak dengan soalan seperti itu.

tasha shilla belum puas bercinta dengan suami

“Bagi saya itu semua Allah yang akan tentukan. Macam jodoh juga. Saya tunggu 33 tahun baru la bertemu. Saya yakin dan percaya Allah akan berikan rezeki itu pada waktu yang sesuai.”

Ujar Tasha, beliau dan suami langsung tidak terburu-buru untuk menimang cahata mata memandangkan mereka kini masih dalam fasa bercinta malah percaya rezeki untuk dikurniakan zuriat itu akan tiba suatu hari nanti.

tasha shilla belum puas bercinta dengan suami

“Saya pun tak rasa tertekan dengan pertanyaan soal anak. Lagipun saya dan suami tak bercinta mas baru-baru kenal dulu. Kamai kenal dalam tempoh sebulan dan terus kahwin. Jadi lepas kahwin baru nak bercinta.”

Biarpun perncangan untuk berbulan madu di tanah suci terpaksa ditangguhkan susulan penularan wabak COVID-19, namun Tasha menyatakan beliau kini amat Bahagia bersama suami.

“Sejujurnya saya sangat seronok dapat bercinta selepas kahwin. Memang banyak cabaran dan macam-macam benda baharu yang kami belajar. Ada waktu kena bersabar, tapi Alhamdulillah sangat bahagia.”

tasha shilla belum puas bercinta dengan suami

Menurutnya lagi, mereka tidak ketinggalan untuk bermaafan sebelum tidur andai menempuh detik pergaduhan ketika bersama.

“Masing-masing tahu tanggungjawab. Kalau bergaduh pun sekejap sahaja. Sebelum tidur mesti akan minta maaf. Kalau ikut perancangan, kami nak berbulan madu di Tanah Suci Mekah.’

Untuk rekod, Tasha selamat bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Abd Razak Razali.

Sumber: mStar