December 14th, 2015

Setelah beberapa lama mengakui sedang sibuk dengan persiapan perkahwinannya, Anzalna Nasir akhirnya telah mengumumkan tarikh pernikahan beliau bersama kekasih Hanif Zaki menerusi rancangan hiburan popular Melodi.

Memilih konsep perkahwinan tradisional  yang diberi sentuhan moden, pasangan ini akan bernikah pada 21 Februari tahun hadapan di Masjid Negara manakala majlis resepsi mereka pula diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 27 Februari.

Alhamdulillah dengan persetujuan dan kesepakatan keluarga Insya-Allah kami akan disatukan sebagai suami isteri pada 21 Febuari depan.

Sebelum ini bukan tidak mahu beritahu tetapi kerana masih belum tarikh untuk diumumkan kepada peminat.

TV3 juga telah diberikan hak sebagai penyiar rasmi perkahwinan Anzalna dan Hanif. Majlis perkahwinan mereka akan di siarkan secara eksklusif menerusi rancangan  Nona, Mahligai Cinta, Wanita Hari Ini dan Melodi.

Tahniah kami ucapkan kepada Anzalna dan Hanif kerana bakal melayari bahtera perkahwinan tidak lama lagi. Harap segala perancangan untuk majlis raja sehari mereka berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: mStar Online

October 12th, 2015

Bertahun menyulam cinta dan mengenal hati budi masing-masing, Anzalna Nasir akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan zaman solo bersama  kekasihnya Hanif Zaki tidak lama lagi.

Kata orang tua-tua, kalau bertunang memang banyak cabaran dan dugaan yang akan menguji kekuatan kasih sayang dan rasa cinta. Walaubagaimanapun, Anzalna merasa syukur kerana tidak berhadapan dengan ujian besar dalam tempoh tersebut seperti orang lain kerana mereka hanya akan mengikat tali pertunangan sebelum majlis pernikahan nanti.

Orang kata kalau bertunang dugaannya semakin kuat. Hal kecil pun boleh menjadi besar kalau tak kena gaya. Untungnya kami tidak menjalani proses pertunangan dan hanya menjalaninya sebelum majlis pernikahan nanti.

Lagi satu dalam fasa sebelum menjelang hari besar itu saya dan Hanif sudah jarang berjumpa. Sebab itu antara kami tak ada masalah dan semuanya berjalan dengan baik.

Buat masa ini Anzalna masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh sebenar  majlis perkahwinan beliau. Namun, beliau menyimpan harapan agar segala perancangan bagi hari bersejarah itu akan berrjalan dengan lancar sekaligus menjadi kenangan manis seumur hidupnya.

Buat masa ini biarlah saya merahsiakan dahulu tarikh pernikahan kami. Yang penting akan berlangsung pada awal tahun depan. Siapa yang tak gembira mahu berkahwin tetapi yang lebih utama saya mahu majlis itu nanti berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan manis yang diingati sampai ke akhir hayat.

Sebenarnya dugaan ini memang ada lebih-lebih lagi selepas kahwin nanti, apa yang penting jangan pernah pentingkan diri sendiri dan selalu bersikap tolak ansur. Apa-apapun, semoga segalanya berjalan dengan lancar pada hari pernikahan nanti.

Sumber Berita: Utusan Online

September 21st, 2015

Setelah lama berdiam diri mengenai tarikh perkahwinan beliau, Anzalna Nasir menerusi rancangan hLive! Apa Kata Malaysia malam semalam akhirnya mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan kekasih Hanif Zaki pada awal tahun hadapan.

Didalam program kendalian pengacara terkenal, Aznil Nawawi itu, Hanif turut memberitahu beliau dan serta Anzalna akan bertunang dan bernikah pada hari yang sama.

Insya-ALLAH, majlis tunang dan nikah akan diadakan pada tarikh sama. Bukan tidak mahu buat pada tarikh lain, tetapi jadual Anzalna yang padat. Saya faham. Majlis nikah, tunang dan resepsi kedua-dua pihak akan diadakan di Kuala Lumpur kerana kedua2 keluarga kami menetap di sini.

Buat Anzalna, Hanif merupakan seorang yang cukup memahami dirinya dan meletakkan kepercayaan yang tinggi pada dirinya selain tidak mengongkong setiap pergerakkan beliau. Sepanjang empat tahum menyulam kasih, mereka jarang sekali bergaduh.

Hanif sangat memahami saya dan sentiasa meletakkan kepercayaan ?tinggi terhadap saya membuatkan saya berasa selesa. Lagipun kami telah berkenaan dan bercinta sebelum saya menjadi artis. Alhamdulillah, sepanjang empat tahun bercinta, nak kata bergaduh tu, kurang tiga kali je kot.

Mereka memang cukup sepadan dan memahami antara satu sama lain bukan? Iyalah, bukan senang nak jadi kekasih Anzalna perlukan banyak kesabaran kerana perempuan cantik sepertinya sering didekati ramai lelaki berhidung belang di luar sana. Apa-apa pun tahniah kami ucapkan, semoga segala perancangan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Sinar Harian