Written by Bella | December 27th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada Johan Raja Lawak dan Ozlyn yang bakal menimang cahaya mata kelima. Ozlyn menerusi portal Astro Gempak mengesahkan beliau kini sedang hamil lima bulan dan hanya menyedari dirinya berbadan dua semasa menyertai pertandingan Super Spontan Superstar (SSS) 2017.

Terdahulu, video Johan tersasul bercakap mengenai kandungan serta video yang menampakkan baby bump Ozlyn ada dikongsikan di media sosial. Namun, Ozlyn tidak memberikan sebarang komen kerana ingin memastikan kandungannya itu sudah betul-betul stabil.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T. dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini. Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018. Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi. Namun saya tidak memberi sebarang reaksi atau kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Johan dan Ozlyn. Semoga ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat.

Sumber Berita : Astro Gempak