Written by AbangNara | December 18th, 2014

Pada 10 September yang lalu, Syura telah tampil memberi kenyataan yang dirinya masih lagi mempunyai seorang suami sekaligus menafikan keberantakan rumah tangganya. Namun hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, suami Syura iaitu Mohd Fadhly Md Yassin telah mengesahkan bahawa mereka berdua telah bercerai pada September lalu. Kehadirannya ke mahkamah adalah untuk membuat permohonan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat secara lisan pada 10 November lalu.

syura sah bercerai

Namun begitu kes tersebut terpaksa ditangguh kerana Syura gagal menghadirkan diri. Kes lafaz rujuk ini akan disebut semula pada 20 Januari 2015. Nampaknya pada penghujung tahun 2014 ini banyak pula kes-kes penceraian yang berlaku. Semoga tahun 2015 akan membawa lebih sinar bahagia kepada semua selebriti tanah air yang sudah berkahwin. Taknaklah kes-kes cerai ini. Tak sedap mendengarnya.

syura

Sama-samalah kita doakan agar kes lafaz rujuk ini akan dapat diselesaikan dengan segera pada 20 Januari kelak. Pasti banyak pihak yang mahu melihat Syura dan bekas suaminya bersatu kembali. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | September 10th, 2014

Desas-desus Syura, juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 bakal memfailkan peneraian berikutan konflik rumah tangga dengan suaminya, Mohd Fadhly akhirnya dinafikan oleh tuan punya badan sendiri. Berkata kepada Harian Metro hari ini, Syura mengesahkan yang dirinya masih mempunyai suami dan masih memegang status seorang isteri.
syura masterchef

Kata Syura menerusi Harian Metro hari ini:-

Perkara (bakal bercerai) itu masih dalam perbincangan antara saya, suami dan keluarga. Setakat ini, belum ada apa-apa kata putus. Apa yang saya boleh cakap kami belum sampai ke tahap pergi mahkamah. Failkan kes itu tak berlaku langsung. Saya boleh sahkan saya masih mempunyai suami.

Tak ada apa-apa berlaku lagi. Saya dan suami masih okey dan bersama. Cuma adat dalam berumah tangga takkan semuanya manis saja. Saya agak pelik dan terkejut macam mana cerita ini boleh terkeluar tapi sebagai artis, saya faham dan sedar orang nak tahu kisah kehidupan kita.

Cuma saya tak nak ia terlalu disensasikan sebab orang luar hanya boleh menilai saja. Yang tahu cerita sebenar hanya kami sekeluarga.

syura

Alhamdulillah, syukur Abang Nara mendengar perkhabaran gembira ini. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh itu perkara biasa. Kalau tak gaduh itu yang tak normal. Semoga ikatan kekeluargaan antara Syura dan suami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.