Written by AbangNara | June 10th, 2015

Tanggal 13 Februari 2012 adalah detik paling bersejarah dalam hidup Abang Nara. Itulah hari Abang Nara bergelar seorang ayah. Pejam celik pejam celik, tahun ini Aariz dah pun berusia 3 tahun. Sepanjang 3 tahun ini, Abang Nara bertuah kerana berpeluang melihat sendiri perkembangan Aariz. Kanak-kanak memang membesar dengan cepat. Daripada hanya tahu menangis, kini macam-macam dah Aariz pandai buat. Antara detik-detik yang paling awesome bagi Abang Nara ialah:-

dugro

1. Bila Aariz pandai sebut ‘mama’ dan ‘papa’

Ini memang terharu sampai tahap keluar air mata. Selalu kalau nak kan sesuatu Aariz hanya menangis. Namun apabila buat pertama kali Aariz menyebut mama dan papa. Terus berulang kali kitorang suruh dia sebut lagi. Excited tak ingat dibuatnya.

2. Bila Aariz pandai berjalan

Aariz berjaya melangkah dan ketika berada di rumah atuknya. Teruja habis satu rumah. Atuk dan neneknya siap main agah-agah suruh pergi berjalan ke arah diorang. Sekarang ini dah 3 tahun tak larat dah nak tengok bila berjalan kat luar. Punyalah laju.

3. Bila Aariz tak meragam duduk car seat
dugroHasil usaha keras emaknya yang buat tak tahu bila Aariz menangis, kini Aariz memang tak meragam langsung duduk car seat. Malah Aariz tahu yang itu memang tempat duduk dia. Asal naik kereta je terus pergi ke pintu yang ada car seat dia. Ada sekali tue balik Kelantan memang Aariz tidur je sepanjang perjalanan. Selesa betul.

4. Bila Aariz masuk sekolah
dugroSebenarnya bukan sekolah pun tapi lebih kepada playschool. Risau juga mula-mula Aariz tak pandai nak sesuaikan diri. Namun ternyata kerisauan Abang Nara tak berasas. Enjoy betul dia kat sekolah. Main gim, main nyanyi-nyanyi lagu, main bola dan macam-macma lagilahlah aktiviti. Cikgu-cikgu pun suka tengok keletah Aariz.

5. Bila Aariz berjaya buat satu ayat penuh

Aariz jenis yang berat mulut dan lambat cakap sikit. Jadi kalau dia nak susu selalu pun dia akan sebut “milk” je. Tak ada lah nak cakap “saya nak susu”. Risau juga mula-mula. Namun pada satu hari secara ajaibnya tiba-tiba Aariz berkata “Papa, I want milk please”. Rasa nak pengsan time tue. Pandai pulak anak aku ini. Siap cakap omputeh lagi.

Banyak lagi sebenarnya detik-detik indah membesarkan Aariz. Setiap kali Aariz berjaya buat sesuatu yang baru, selaku seorang ayah Abang Nara rasa terharu sangat. Air mata bergenang itu perkara biasa. Bangga melihat anak kita pandai dan mencapai milestone yang baru. Selaku seorang ayah, tugas Abang Nara mudah sahaja iaitu memastikan Aariz mendapat nutrisi yang secukupnya agar dia dapat belajar lebih banyak benda-benda baru dalam hidupnya dalam kondisi pembelajaran yang terbaik.
dugro Sebab itulah Abang Nara memilih Dumex™ Dugro® 5 Nutri sebagai growing up milk untuk Aariz. Untuk memastikan tumbesaran yang sempurna daripada segi badan dan otak, Aariz memerlukan nutrisi yang secukupnya. Dumex™ Dugro® 5 Nutri serba baharu dengan diformulakan dengan protein, kalsium, vitamin A serta lcFOS dan kini mengandungi 100% lebih DHA (berbanding formulasi terdahulu) untuk menyokong perkembangan otak. Alhamdulillah setiap kali pergi check up doktor untuk perkembangan Aariz, doktor sentiasa berpuas hati dengan perkembangannya. Syukur sangat-sangat.
dugroHarapan Abang Nara agar Aariz terus membesar dengan sihat daripada segi fizikal dan mental bersama dengan Dumex™ Dugro® 5 Nutri. Tak sabar rasanya nak tengok apa lagi perkara baru yang akan dilakukan oleh Aariz. Doakan yang terbaik untuk Aariz. Buat ibu bapa di luar sana, kongsikanlah pengalaman dan pencapaian anak anda di ruangan komen. Mana tahu ada yang mencuit hati untuk dibaca bersama-sama. Tak gitu?