March 11th, 2019

Bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad kembali lagi mencetuskan sensasi apabila memuat naik poster seminar yang dianjurkannya.

Menerusi butiran didalam poster tersebut, seminar itu adalah tentang ilmu keibubapaan dan pendidikan awal  kanak-kanak yang akan diadakan pada 31 Mac ini dengan bayaran sebanyak RM 269, terhad untuk 20 peserta sahaja.  Beberapa topik hangat seperti isu vaksin dan kajian bumi rata juga akan dibincangkan.

Isteri dan anak-anak beliau pula akan menjadi penampilan istimewa di seminar itu. Bukan itu sahaja, Suhaimi turut akan menyanyi di seminar itu.

Tentunya pengajuran ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Kata Suhaimi, beliau mendapat idea untuk menganjurkan program tersebut selepas ramai yang meminta nasihat serta pandangannya tentang cara mendidik anak-anak terutam sekali berkaitan dengan isu belajar dari rumah.

Sumber Berita : mStar Online