March 17th, 2018

Baru-baru ini pengurus Sufian Suhaimi, Mahadzir Mohamad telah menulis komen di Facebook mengenai kisah disebalik putusnya pertunangan antara Sufian dan Elfira.


Mahadhir mendakwa komen-komen ibu Elfira, Filzah Yusoff, mengenai hantaran dan bekas kekasih Sufian hanyalah satu cara untuk merendahkan akhlak Sufian dan menutup kesilapan sendiri, sedangkan dia mengibaratkan Elfira seperti ‘perigi cari timba’ kerana sering menelefon Sufian dan ingin pergi ke mana saja Sufian berada.

Elfira setakat ini tidak memberi reaksi terhadap kenyataan itu, sebaliknya membuat satu Ig Story yang memberi bayangan dia tidak akan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan pengurus Sufian yang kini viral itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Elfira juga menulis, sekiranya sesiapa merasakan dirinya seorang jahat, tidak perlu buat diri sendiri lebih jahat darinya.

Dua juga menulis “apa-apa sajalah” di Twitter.


Mungkin Elfira merasakan tidak mahu memanjangkan isu dengan membuat kenyataan. Pengikut Elfira menyokongnya untuk berdiam diri, malah meminta semua ahli keluarga Elfira untuk berhenti memberikan kenyataan supaya kesemuanya reda sendiri.

Pada pendapat penulis, mungkin itu juga lebih baik. – beautifulnara.com

March 14th, 2018

Kisah putus tunang Elfira Loy dan Sufian Suhaimi masih hangat diperkatakan Netizen. Ada desas-desus mengatakan pertunangan itu terputus kerana ibu bapa Elfira meminta hantaran terlalu tinggi dan  masih belum mampu dilunaskan Sufian.

Terbaru, melalui Instagram, ibu Elfira telah mendedahkan jumlah hantaran sebenar yang diminta.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Pendedahan ini disertai dengan dua IG Story yang dipercayai ditujukan buat Suian:

“Sepatutnya dia sendiri rasa terhina tinggalkan anak dara orang lain dan ambil anak dara orang lain secara tak baik. Tak seharusnya dorang ni tak jumpa dirimu ……………………………………………………(?).”

“Kenapa perlu nak ucap terima kasih dengan media? Kata masih contact dengan dia? Mungkin tak cukup ikhlas ke tak cukup……………. (sensasi?) ” Mungkin pembaca BN boleh membantu dengan membuat telahan apa perkataan yang jelas di situ kerana terlalu kecil untuk dipastikan penulis).

Pendedahan ibu Elfira ini telah dimuat naik di Twitter dan sehingga kini telah mendapat 2,400 retweets. – beautifulnara.com

Sumber: @dylawok