Written by AbangNara | September 15th, 2014

November tahun lalu, Zahida Rafik telah membuat pengakuan bakal mengakhiri zaman gadisnya pada tahun 2014 dengan seorang ahli perniagaan yang telah dikenali selama 8 tahun. Walaupun tahun 2014 sudah pun tiba ke bulan September, masih tiada lagi ura-ura mengenai perkahwinan yang dirancang. Adakah Zahida Rafik sudah putus dengan kekasih hati? Atau majlis tersebut bakal diadakan pada hujung tahun ini?

zahida rafikTambah menarik apabila membaca BiPop semalam (tulisan Raja Nurfatimah yang merupakan penulis feveret Abang Nara), Zahida Rafik dikatakan telah membeli sebuah rumah di tengah kota London berdekatan dengan Oxford Street. Harga rumah yang dibeli didakwa mencecah jutaan ringgit kerana kedudukan Oxford Street yang merupakan syurga membeli-belah. Fuh~~ Kagum Abang Nara. Bukan calang-calang orang boleh beli rumah di London. Abang Nara nak beli rumah kat Kuala Lumpur pun menggigil tangan.

zahida rafik

Seperti yang kita ketahui, Zahida Rafik telah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan. Jadi tak mustahil untuk Zahida membeli rumah yang diinginkan. Ala lagi pun rumah kan aset. Simpan lama-lama nanti naik lagi harga. Pelaburan jangka masa panjang tue. Menariknya lagi Zahida juga dikatakan telah mempunyai sebuah rumah banglo 3 tingkat di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang. Fuh~~~

zahida rafik

Semoga kejayaan Zahida Rafik ini akan menjadi pembakar semangat buat kita semua. Tahniah diucapkan kepada Zahida sekiranya desas-desus ini benar. Lagi beberapa gambar Zahida Rafik dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | November 15th, 2013

Zahida Rafik. Satu nama yang tak lekang daripada kontroversi dan seringkali dikaitkan mempunyai hubungan dengan orang kenamaan. Sebelum ini, ada khabar angin bertiup mengenai hubungannya dengan Datuk Seri Shafie Apdal. Namun Zahida telah tampil dan membuat penafian mengenai dakwaan tersebut sekaligus membuatkan ramai tertanya mengenai jejaka yang berjaya mencuri hatinya.

zahida rafik kahwin

Hari ini menerusi Harian Metro, Zahida Rafik membuat pengakuan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan tahun hadapan. Menariknya, sudah 8 tahun hubungan mereka berdua terjalin. Memang lama benar menyulam cinta. Kata Zahida:-

Saya sudahpun mempunyai teman istimewa yang juga seorang ahli perniagaan yang dikenali sejak 8 tahun lalu. Insya Allah kami juga merancang berkahwin tahun depan.

Saya rasa tidak perlu mendedahkan identiti si dia buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan dia hanya orang biasa dan bukan berstatus Datuk mahupun VIP. Si dia juga baru berusia 41 tahun, masih bujang dan bukan suami orang.

zahida rafik kahwin

Alhamdulillah. Untunglah Zahida dapat ahli perniagaan yang masih bujang. Bukan senang nak jumpa. Lagi untung kerana kekasih hati Zahida jenis memahami walaupun dirinya sering ditimpa gosip. Tambah Zahida lagi:-

Maklumlah sudah 8 tahun kami menjalin hubungan dan pastinya sudah kenal hati budi masing-masing. Apa yang penting, dia seorang yang sangat memahami dan saling percaya dan menghormati antara satu sama lain dan itulah yang menyebabkan hubungan kami mampu bertahan sampai sekarang. Apa saya gosip yang dikaitkan dengan saya, tidak perlulah kami melatah kerana semua gosip itu tidak betul.

Fuh~~ Semoga Zahida dapat menjaga kekasih hatinya elok-elok sehingga hari perkahwinan kelak. Orang baik selalunya sering dingorat oleh awek-awek lain. Kalau boleh, cepatkan lagi perkahwinan. Apa pun, semoga segala persiapan dan perancangan Zahida akan berjalan seperti yang dimahukan. Sama-sama kita doakan.
zahida rafik kahwin

P.S: Bersempena ulangtahun pertama Emall Karangkraf, anda kini boleh mendapatkan 15 majalah percuma. Kesemuanya boleh dimuat turun dalam tempoh masa 15 jam sahaja menerusi applikasi Emall Karangkraf. Jangan lupa untuk LIKE Facebook Emall Karangkraf untuk mengetahui bilakah muat turun PERCUMA ini akan bermula.