Written by Bella | August 24th, 2015

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Sheera Iskandar yang sudah sah bergelar isteri kepada seorang chef iaitu Doul Harun dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Ara Damansara malam Sabtu lalu.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa Sheera, Tengku Iskandar Tengku Ahmad dan telah menerima mas kahwin sebanyak RM 1,000. Walaubagaimanapun,kedua-dua pasangan tersebut telah membuat keputusan untuk merahsiakan wang hantaran.

Pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah yang sama oleh pihak pengantin perempuan.

Dalam kenyataan kepada media sebelum ini, Sheera hanya akan melangsungkan majlis pernikahan dahulu dan merencana untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada tahun hadapan.

Semoga rumah tangga yang dibina ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat dan dilimpahi dengan kasih sayang serta rezeki yang barakah.

Di sini kami kongsikan beberapa lagi foto sewaktu majlis akad nikah Sheera Iskandar dan pasangan dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto: Instagram K5 Live Update

 
Written by Bella | July 29th, 2015

Aktres Sheera Iskandar baru-baru ini telah mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Doul Harun yang merupakan seorang tukang masak pada Ogos depan.

Pasangan itu bakal bernikah gantung sebelum melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka sekitar awal tahun 2016. Keputusan untuk mendirikan rumah tangga sebenarnya berlaku secara tiba-tiba pada bulan Ramadhan lepas sebaik sahaja kedua-kedua pihak keluarga mahu mereka terus bernikah tanpa mengadakan sebarang majlis pertunangan.

Sebenarnya pihak lelaki terlebih dahulu datang merisik saya pada Mei lalu dan berbincang mahu bertunang pada Ogos depan. Tetapi entah bagaimana pada Ramadan baru-baru ini, tiba-tiba sahaja kedua-dua belah pihak setuju untuk kami terus bernikah sahaja dan tidak perlu membazir mengadakan majlis tunang bulan depan.

Oleh sebab itu, kami sendiri belum ada tarikh tertentu lagi untuk pernikahan kami kerana masih memikirkan kesesuaian dan kelapangan keluarga kedua-dua belah pihak. Tapi In Sha Allah, ianya akan berlangsung pada bulan hadapan.

Mengimbau kembali kepada detik perkenalan mereka, Sheera memberitahu beliau dan Doul sudah mula berkenalan empat tahun lepas tetapi mula rapat pada awal tahun ini.

Terus-terang kami memang tidak pernah bercinta. Saya dengan dia cuma kenal dan kawan biasa sahaja sejak 4 tahun lalu. Malah jarang sekali berjumpa. Tapi rupanya dia sudah simpan perasaan pada saya dan meluahkannya sebelum dia datang merisik ke rumah saya. Semuanya berlaku dengan pantas, dia datang merisik,  ibu saya suka dan terima.

Saya pula tidak menolaknya kerana saya pernah berdoa kepada Allah supaya temukan saya dengan jodoh dengan segera supaya saya tidak perlu berkawan lama atau menjalinkan hubungan cinta dengan dia. Jika benar lelaki itu inginkan saya, biar dia terus sahaja masuk meminang serta  bernikah. Nampaknya doa saya telah dimakbulkan ALlah SWT.

Inilah yang dinamakan jodoh dan sudah sampai masanya Sheera Iskandar untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. Tahniah kami ucapkan kepada Sheera dan Doul, semoga segala persiapan berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan.

Sumber Berita: Murai