February 5th, 2014

Setelah beberapa kali ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, akhirnya Misha Omar dan tunangnya, Firos Ezzwan Rossly bakal bergelar suami isteri pada bulan Mei ini. Majlis pernikahan ini akan diadakan secara sederhana di Kota Bharu. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Misha dan Firos atas berita gembira ini. Semoga kali ini tiada lagi penangguhan berlaku

gambar nikah mish

Misha dan Firos juga telah bersetuju untuk menghantar 5 dulang hantaran tanpa sebarang barangan berjenama dan wang tunai. Satu langkah yang amat terpuji. Tak perlu habiskan beratus ribu untuk perkahwinan. Apa yang lebih penting ialah kehidupan selepas berkahwin. Kata Misha kepada Mstar Online:-

Adat masyarakat Kelantan tiada wang hantaran tetapi hanya mas kahwin. Bagaimanapun saya telah meletakkan syarat bahawa tidak mahu wang tunai. Begitu juga sebarang barangan berjenama sebagai hantaran, bagi saya itu tidak penting, sebaliknya saya mahu barang yang boleh dikenang dan menjadi simbolik kepada perkahwinan kami

firos dan misha omar

Untuk makluman, Firos dan Misha telah pun bertunang pada 21 Februari 2012. Majlis pernikahan mereka telah pun ditangguhkan 2 kali kerana kesibukan masa dan kematian ayah Misha Omar. Semoga perancangan kali ini menjadi kenyataan buat mereka berdua. Abang Nara pasti banyak peminat tak sabar hendak melihat Misha di atas pelamin. Sama-samalah kita doakan.

February 22nd, 2012

Akhirnya semalam telah selamat berlangsung majlis pertunangan Misha Omar dan kekasihnya yang dikenali dengan nama Firos. Misha nampak cantik dan berseri dengan pakaian serba biru. Kedua-dua bakal mempelai ini memang sama cantik dan sama padan.

gambar pertunangan misha omar

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada mereka berdua atas pertunangan ini. Khabarnya Misha Omar dan Firos akan mengadakan majlis pernikahan dalam tahun 2012 ini jugak. Semoga semua persiapan berjalan dengan lancar. Lagi 6 keping gambar sekitar majlis pertunangan Misha Omar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit foto portal GUA.

P.S: Fuh, unik sungguh Salamander dari Mexico ini.

gambar pertunangan misha omar

gambar pertunangan misha omar

gambar pertunangan misha omar

gambar pertunangan misha omar
gambar pertunangan misha omar
gambar pertunangan misha omar

February 20th, 2011

misha omar sudah berkahwin

Terkejut ungka sebentar Abang Nara membaca Pancaindera sebentar tadi. Mana taknya. Berita Misha Omar sudah berkahwin dan menjadi isteri nombor 3 kepada seorang usahawan kereta Kelantan yang digelar Datuk K sememangnya menggemparkan. Biar betik? Takkanlah Misha kahwin senyap-senyap kot?

Terus dengan pantas Abang Nara menjalankan siasatan rapi berkenaan dakwaan ini. Terima kasih kepada perkembangan teknologi sekarang, Misha Omar telah pun menafikan perkahwinannya di Twitter Misha Omar.

misha omar sudah berkahwin

Seperti yang anda baca, Misha Omar masih bujang trang tang tang lagi. Belum berkahwin dan semestinya bukan isteri nombor 3. Abang Nara rasa Misha akan berpegang teguh kepada janjinya yang akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya dia bertemu jodoh suatu hari nanti.

Kepada Misha, semoga dipercepatkan jodoh anda. Dan kalau kahwin nanti jangan lupa jemput team BeautifulNara ye.