Written by AbangNara | November 11th, 2016

Sebelum ini ada desas-desus tentang keruntuhan rumah tangga Dira Abu Zahar dan suaminya, Helmi Yusof. Namun Dira telah menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan yang dirinya masih bergelar seorang isteri. Namun enggan membenarkan para peminat berteka-teki, akhirnya Dira tampil membuat pengakuan tentang status perkahwinannya.

dira abu zahar cerai

Dira mengakui yang dirinya dan suami sudah tidak tinggal sebumbung sejak 6 bulan yang lalu. Mereka kini sedang menunggu keputusan mahkamah berkaitan penceraian. Apa pun, keretakan perkahwinan mereka bukanlah kerana kewujudan orang ketiga sebaliknya kerana kesibukan Dira dan suami. Kata Dira:-

Memang sejak Jun lalu kami sudah tidak lagi tinggal bersama. Malah, tiada komunikasi langsung diantara kami hingga ke saat ini. Baik saya mahupun dia, masing-masing meneruskan kerja kami seperti biasa. Saya sendiri ketika ini hanya menunggu keputusan rasmi kerana ia turut membabitkan pihak mahkamah, ada perkara belum diselesaikan.

Keretakan hubungan kami berpunca dari diri kami sendiri yang gagal mengurus masa ekoran sibuk dengan tuntutan kerja sehingga tanggungjawab sebagai suami isteri terabai

dira

Sesungguhnya tiada manusia yang mahukan sesebuah perkahwinan itu berakhir dengan penceraian. Namun kalau sudah sampai di sini saja jodohnya, siapalah kita untuk menilai baik dan buruk pasangan tersebut. Semoga Dira dan Helmi akan lebih tenang selepas ini. Sama-sama kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Written by AbangNara | July 14th, 2016

Kecoh semalam apabila khabar angin bertiup kencang Dira Abu Zahar dan suaminya, Helmi Yusof telah bercerai gara-gara perselisihan faham penajaan filem Bikers Kental 2. Penceraian tersebut dikatakan berlaku pada awal Ramadhan lalu. Namun Dira Abu Zahar telah pun muncul dan menafikan khabar angin tersebut. Menurut Dira, mereka berdua hanya bergaduh manja sahaja. Biasalah pasangan suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit.
dira abu zahar
Kata Dira:-

Ramai bertanya mengenai perkara ini. Sejujur jujurnya tiada apa yang berlaku dan ia hanya sekadar gaduh-gaduh manja.

Sementara itu Helmi menerusi kirima Whatsapp berkata tiada apa yang perlu dijelaskan mengenai khabar angin penceraian ini.

Saya minta maaf. Saya tiada masa untuk menjawab isu ini.

dira

Alhamdulillah gembira Abang Nara mendengar kenyataan Dira ini. Penceraian sesungguhnya adalah perkara yang amat dibenci olehNya. Biasalah gaduh-gaduh nie. Kahwin kalau tak gaduh, tak cerialah hidup. Yang penting kena bincang untuk menyelesaikan sebarang masalah. Sama-sama kita doakan agar perkahwinan Dira dan Helmi akan terus kekal sehingga ke akhir hayat. Sumber Harian Metro.