Written by Bella | September 8th, 2015

Meskipun sudah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Iskandar Ismail pada hujung minggu lalu, ada lagi pihak yang masih menjaja cerita tidak elok mengenai Raja Farah yang membuat keputusan untuk bernikah sekali lagi hanya selepas beberapa bulan bercerai.

Ada yang mengatakan, punca beliau bercerai sebelum ini kerana Raja Farah bukanlah seorang isteri yang baik selain gagal melahirkan zuriat.

Walaubagaimanapun, jelas Raja Farah orang ramai tidak mengetahui kisah sebenar disebalik perpisahan tersebut dan tidak bermakna beliau tidak cukup baik kerana gagal dalam perkahwinan pertamanya. Buat beliau, segala yang berlaku adalah ketentuan takdir dan sudah tertulis bahawa jodoh beliau kali ini datang dengan cepat.

Kegagalan perkahwinan pertama tak bererti saya tak cukup baik, sekali gus tak berhak mengecapi kebahagiaan baharu dan mendatang. Saya berusaha menjadi lebih baik. Insya-Allah. Ini sudah jodoh. Cepat atau lambat, semua sudah tertulis. Saya terima suratan ini dengan hati terbuka. Banyak kualiti diri yang ada pada suami buat saya yakin untuk mendirikan rumah tangga sekali gus membimbing diri ini jadi isteri baik dan solehah.

Dia juga jenis yang kuat bekerja dan buat saya yakin menerimanya. Saya rasa selamat di sisinya. Dia tebal dengan sikap melindungi. Sikap putus asa tak pernah ada dalam kamus hidupnya. Tak kira apa skeptikal orang yang mungkin wujud, dia akan menyokong saya dari belakang. Berada dalam dunia seni dan mencari orang yang benar-benar memahami sebenarnya sukar. Tetapi kesukaran itu tidak ada padanya.

Sikapnya juga sangat penyayang cuma sisi romantik setakat ini belum saya lihat. Saya yakin dia boleh bahagiakan saya. Insya-Allah.

Jodoh itu terletak di tangan Allah SWT, sebagai manusia kita tidak harus tolak jika sudah bertemu dengan insan yang betul-betul memahami luar dan dalam diri kita. Tak perlulah kita ungkit lagi kisah silam Raja Farah dan sama-sama doakan agar perkahwinan beliau kali ini menjadi yang terakhir buatnya . Lagipun, tentu ada manisnya bila bercinta selepas nikah bukan?

Sumber Berita: Berita Harian

Written by Bella | September 7th, 2015

Semalam, Raja Farah telah pun disatukan dengan tunangnya, Iskandar Ismail yang merupakan seorang ahli perniagaan dalam satu majlis pernikahan berlangsung di  Masjid Ampuan Jemaah,  Bukit Jelutong Shah Alam hanya dengan sekali lafaz.

Majlis mereka berlansung cukup meriah dan kedua mempelai tampak sungguh anggun serta sepadan mengenakan busana putih pada majlis tersebut.

Jika sebelum ini Raja Farah mengakui kesungguhan Iskandar memikat dan membuka pintu hati beliau untuk bercinta semula, kali ini suaminya pula memberitahu senyuman Raja Farah yang membuatkan beliau terpikat saat pertama kali bertentangan mata di sebuah restoran Arab pada bulan Ramadhan lepas.

Kali pertama saya nampak dia di restoran Arab dan saya lihat dia senyum kepada saya. Sejak itu saya nekad untuk mencari tahu tentang dirinya.

Pada mulanya memang saya kurang yakin kerana kawan-kawan beritahu bahawa dia seorang artis ternama dan saya hanya orang biasa sahaja. Tetapi selepas saya berhubung dengannya menerusi WhatsApp barulah saya tahu dia seorang yang merendah diri.

Dalam usaha untuk mengenali Raja Farah dengan lebik baik, jejaka tersebut telah menonton  semua filem yang pernah dilakonkan oleh isterinya itu. Berbicara mengenai perancangan mereka untuk mendapatkan cahaya mata, Iskandar menyerahkan urusan tersebut kepada rezeki dan ketentuan Allah SWT.

Kami tidak rancang tentang anak lagi, kalau boleh memang mahu cepat dapat anak, namun itu semua ketentuan Allah.

Inilah orang kata cinta pandang pertama, semoga jodoh kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sudah sama cantik dan sama padan, rupa pun seiras bukan?

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | September 6th, 2015

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Raja Farah (27 tahun) yang telah pun selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Iskandar Ismail (33 tahun). Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Ampuan Jemaah, Shah Alam kira-kira jam 11.51 pagi hari ini. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran kedua-dua belah ahli keluarga. Raja Farah telah dinikahkan oleh ayahnya sendiri iaitu Raja Aziz Raja Ngah.

raja farah

Raja Farah telah menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas manakala wang hantaran dirahsiakan. Pihak pengantin lelaki telah menghantar lima dulang hantaran sementara pihak pengantin perempuan tujuh dulang hantaran. Untuk makluman, majlis resepsi akan diadakan pada 13 September di Hotel De Palma, Ampang. Sebelum ini, Raja Farah dan Iskandar Ismail telah mengikat tali pertunangan pada 9 Ogos lalu.

raja farah

Jutaan tahniah diucapkan kepada Raja Farah dan Iskandar Ismail atas perkahwinan ini. Semoga perkahwinan kedua buat Raja Farah ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan. Sekejap lagi Abang Nara muatnaik gambar sekitar majlis perkahwinan mereka. Kredit gambar EddiePhotoVideo.